Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day!!!


Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

Selamat Hari Bapa buatmu yang tercinta..