Monday, July 26, 2010

Nisfu Sya'aBan

Sya'aban
Adalah bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Nisfu Sya'aban
Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).

Amalan Hari Nisfu Sya'aban
1. Solat Sunat Nisfu Sya'aban

Cara-cara:
Selepas solat Maghrib, lakukan solat sunat Nisfu Sya'aban sebanyak 2 rakaat.
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1 kali.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3 kali.

2. Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan
Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11kali dan selawat 11 kali.

Baca doa nisfu Sya'aban.
(boleh dirujuk di dalam Surah Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000 kali.

4. Berpuasa pada siangnya.



Oleh itu, luangkanlah masa untuk mengerjakan amalan sunat disamping amalan wajib.

Memandangkan hari ini adalah 26 Julai 2010 bersamaan 14 Sya'aban, 1431 boleh la kita menunaikan Solat Sunat Nisfu Sya'aban selepas Maghrib nanti. InsyaAllah..

9 comments:

myQza said...

terima kasih perkongsian :))

Unknown said...

Sekadar rujukan dan renungan bersama...
http://drmaza.com/home/?p=1192

t e m b u m e said...

huhu~
cedey tak dapat pose.
bulan tengah mengambang.
haha

Miss Anisah said...

sI tEDI : same2..

..::: WaLiD_NuKmAn :::..
jadi kita tak perlu taksub untuk melakukan amalan amalan yang belum tentu sahih,cuma boleh dilakukan dengan niat mendekatkan diri dgn Allah dan menambahkan ibadat kepadaNya,
sama seperti bacaan yasin pada malam jumaat.

Miss Anisah said...

t e m b u m e ::::
kamu geng ngan ain.. opss!!

t e m b u m e said...

ciss~
haha..
AIn! kite geng!


moge korang sume dapat keberkatan!
:)

naivecity said...

yerla...sy pn nak pose tp bulan terang lg bersuluh...kehkeh...

ainhany said...

salam miss anisah,

TERIMAKSIH atas perkongsian ini..
mhn maaf ats kelewatan mhn izin copy info ini.
semuga dimaafi dan semula diganjari kebaikan atasnya jua..amin

Miss Anisah said...

naivecity : xpe..janji dpt sambut 1 Ramadhan....:-)

ainhani : sama2...