Friday, August 27, 2010

Cerita Luahan Hati

kadangkala apabila teringat kamu,
aku sedih...

kerana lelaki,
aku kehilangan teman yang sebaik kamu.
apa salah aku?
berlaku jujur tetapi ini balasannya..
bukankan jujur itu benar?
bukankan bohong itu dusta?
tapi kenapa ini balasan kamu buat aku?
kenapa?
kamu benci aku?

aku tidak pernah rasakan diri aku cantik untuk memikat lelaki..
aku tidak pernah menggunakan kurniaan Allah ini untuk menundukkan lelaki..
aku adalah aku..
dan aku tidak mudah untuk menerima sesiapa dalam hidupku..

jika kamu ingin tahu,
hidupku hanya untuk ibuku..
ayahku..
kakakku..
abangku..
dan.. anak anak mereka..
aku syukur dan hidupku lengkap dengan mereka..
mereka buah hatiku..

rakan rakan..
mereka mengisi ruang ruang kosong sepanjang aku berjauhan dari buah hatiku..
aku gembira mempunyai rakan..
aku juga gembira mengenali kamu..

tetapi aku telah kehilangan kamu..
aku kecewa..
bukan ini yang aku pinta..
aku tak ingin teman yang datang untuk seketika,
dan pergi buat selamanya hanya kerana lelaki..

aku kecewa sewaktu aku terdengar jelas butir bicaramu burukkan aku kepada insan lain..
tetapi aku tetap bersabar..
aku sayangkan kamu..
aku sayangkan persahabatan kita..

tetapi aku tak sangka..
itu pandanganmu untuk aku..
sampai hari ini, aku masih tidak boleh lupakan saat kamu berbicara tentang aku kepada insan lain..
kamu gambarkan aku seorang perampas..
aku menggunakan kecantikan untuk mendapatkan sesuatu..
aku sedih..
aku kecewa..
aku cuba bersabar..
kerana,
aku sayang kamu..

maafkan aku jika setiap perbuatanku,
menimbulkan benci, marah dan iri hati..
aku tak sengaja..
aku tak berniat..

untuk kamu,
pergilah dapatkan apa yang kamu mahu..
aku tak pernah merampasnya darimu..
ambillah jika kamu sangat mahukannya..
aku sanggup berkorban,
asalkan semua insan disampingku bahagia..

No comments: