Sunday, August 08, 2010

Kisah Atuk dan Cucu


Sejak kematian nenek, B telah menawarkan diri untuk menjaga Atuk dari segi makan dan minum. Ia tidak menjadi sebarang masalah kepada B kerana rumah B berdekatan dengan rumah Atuk, pada setiap hari B akan menghatar makanan dan minuman untuk Atuk. Walaupun B bukannya cucu kandung Atuk, atas nilai kemanusiaan, B dengan rela hati ingin melakukan tugas ini memandangkan B hanya suri rumah yang mempunyai seorang anak. Suami B pula merestui niat suci B untuk menghantar makanan kepada Atuk pada setiap hari.

Disebabkan faktor usia, pendengaran dan penglihatan Atuk sangat terhad. Bila ingin berbual dengan Atuk, B terpaksa bercakap dengan nada yang agak kuat atau menggunakan bahasa isyarat. Jika tidak, mesej yang ingin disampaikan mungkin tidak berjaya. Atuk sangat bertuah kerana mempunyai cucu seperti B. Pernah suatu hari B datang menghantar makanan ke rumah atuk, tiba tiba terhidu bau gas yang sangat kuat. Rupa rupanya atuk telah menjerang air tetapi dia lupa dan api dapur telah terpadam mungkin disebabkan air yang mendidih. B tidak dapat membayangkan jika dia tidak datang pada waktu tersebut. Pelbagai kejadian mungkin boleh terjadi.

Pada suatu pagi, B singgah di rumah Atuk sebelum ke kedai untuk membeli sarapan. Dengan nada bergurau, B telah meminta duit untuk membeli sarapan untuk Atuk.

B : Atuk, B nak ke kedai ni beli sarapan. Atuk nak makan apa pagi ni?

Atuk : kamu belikan apa apa sajalah.

B : Atuk, nak duit..

Atuk : kamu nak berapa?

B: dua. ( sambil menunjukkan isyarat dua di tangan)

Atuk : sekejap.

B berasa hairan. kenapa perlu masuk ke dalam rumah untuk mengambil duit. Selalunya Atuk menyimpan duit di dalam poket baju. Tapi tak apa lah. B sabar menunggu.

Atuk : B, ni duit dua ribu. amik pergi beli..

B: hah??!! (terkejut. B berfikir. kenapa atuk beri dua ribu. Tapi B terus je pergi kedai untuk membeli makanan tanpa menggunakan duit atuk tadi)

Bila pulang ke rumah, Atuk tanya kepada B.

Atuk : B, mana papan yang kamu nak beli tadi?

B : papan??

Atuk : kan kamu minta duit dua ribu nak beli papan tadi.

B : errrr.............. (dalam hati B, patut la bagi duit banyak sangat)

Rupa rupanya atuk tak dengar B beritahu nak beli sarapan. Atuk dengar B nak pergi beli papan.
Aduh..Atuk pekak.


1 comment:

Anonymous said...

hahhaa..sarapan-papan..hehee