Sunday, September 19, 2010

6 Syawal : Melancong Ke Daerah Kelahiran

still mood Syawal..
tapi,
kami da ade agenda sendiri.

ayah sibuk ajak balik Kuantan.
tapi semua buat tak dengar je..
sesudah Subuh,
jom besiap!
pegi melancong..
kita tak penah pun melancong kat kampung kita sendiri..
asyik pergi tempat orang je..
orang lain bukan main beria ia lagi datang kampung kita.
kita?
jejakkan kaki ke sana pun tak penah?
Opss!!
ini perkara yang tak patut berlaku neh!

adoyai..
kenapa perkara seumpama ini berlaku ye?
asyik ambil mudah?
daerah kelahiran adalah tempat kita.
so tak payah tengok pun takpe?
tak elok ler macam tu..
sepatutnya kita perlu lebih tahu tentang apa yang ada kat tempat kita.
ye dok??
huhu..

buat korang yang agak agak tak penah jejakkan kaki ke tempat tempat menarik kat area umah korang, baik pergi segera ye.. buat malu je.. orang tanya nanti, tak tau nak jawab.hoho..

macam kami, tempat yang kami lawati dekat je..
dalam 20 minit perjalanan.
itupun susah nak sampai..
kenape yer??
ade jawapan yang tak terungkai..

melancong bersama brothers and sisters.
ni pun 1st time agaknye berlaku sejak semua da besar ni.
kalau tak ade je yang tak ikut.
Alhamdulillah..
tahun ni kami berlima raya bersama, melancong bersama.
susah tau nak kami berkumpul bersama.
mak dan ayah tak ikut, sebab ayah tak sihat.
ayah rehat kat rumah, mak temankan ayah.
hikhikhik..
tapi yang lagi tak senonoh, maksu yang memang menetap kat Chendering pun tak penah pegi??
adoyai!!
ini lagi masalah ni..

ke mana kami??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ta daa!!!!!Taman Tamadun Islam Terengganu

more specific, Taman Monumen ini memaparkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah negara global lagi sofistikated.

Bayaran masuk hanya RM 15 kepada warganegara Malaysia, so sangat berpatutan kerana termasuk Voucer makanan dan cenderamata sebanyak RM 5.

sementara menunggu abang long settlekan tiket tram, kami rehat la kat pondok comel ni kejap..ni la tram yang kami naiki..selain tu boleh juga menyewa buggy atau basikal untuk melihat monumen yang ada.rasenye, kalau nak jalan kaki, dok rok la ambe..
hoho... ini diantara monumen monumen yang terdapat di sini..Badshahi Mosque, Lahore, Pakistanpandangan belakang..

Taj Mahal, Agra, IndiaKubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, PalestinSheikh Lutfallah Mosque, Iran

Abu Nasr Parsa, Afghanistan
( tak dapat angle cantik.dari atas tram.)

Al-Haram Mosque, Makkah, Saudi Arabia
(under construction.)

Aleppo Citadel, Syria

Mohamed Ali Mosque, Egypt

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Suleyman Mosque, Turkey

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Great Mosque of Agadez, Niger
Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia

Xian Mosque, China


semua tempat da tengok, perut pun da lapa, singgah cafe dulu..makan makan kat sini, makanan semua sedap, harga pun berpatutan je..
selesai sudah pakej perlancongan Part 1 kami..
singgah ke Masjid Kristal untuk solat Zohor..

ahli ahli rombongan terdiri daripada:

1. Azman's Family2. Azura's Family3. Al Ehsan's Family4. Asmidah's Family5. Anisah 6. MakSu and her children

SEKIAN...
Part 2, menyusul nanti....

2 comments:

ainhany said...

alhamdulillah....
bestnya...nnti jadi pemandu pelancung tau

Miss Anisah said...

best sgt!!

bole je nak suruh anisah jd pemandu pelancong untuk ainhany..
hehe..
make sure time tu anisah kt terengganu la..