Wednesday, September 22, 2010

Usaha Tangga Kejayaan

Antara cinta dan kerjaya..

CINTA


kadang kadang perasaan ini cuma datang untuk menguji. mampukah bertahan dengan dugaan, mampukah terus teguh dengan perintah Tuhan, mampukah menjadi anak yang soleh..

di kala ini, perasaan cinta boleh di tolak ke satu sudut yang jauh untuk dicapai. bukan kerana kecewa, dan bukan kerana benci.

aku tak percaya cinta?
ada ke cinta sejati?
ada lelaki yang setia pada cinta?

bagiku,
CINTA kepada Yang Maha Esa adalah segalanya..
Cinta manusia datang dari keredhaanNya..
tidak perlu terburu buru, satu hari ia pasti datang..

bukan aku ingin menolak cinta, bukan aku tak ingin menyahut seruan, tetapi cinta bukan kepentinganku saat ini..
maaf andai ada yang kecewa,
tolonglah berhenti berharap. jangan tunggu aku.

aku takut, penantian itu satu kekecewaan.sebelum kamu kecewa, pergilah mencari insan yang boleh buat kamu gembira..

aku doakan kamu akan berjumpa insan yang betul betul boleh membahagiakan kamu dan seluruh keluarga kamu.
InsyaAllah..

KERJAYA

aku punya masa kurang dari setahun untuk menyarung baju putih.
mampukah?

Usaha tangga kejayaan.
bak kata Nisa',
dalam masa yang singkat ni kita jangan guna tangga, guna escalator.

kenapa???

tangga - static
escalator - bergerak

so,
sewaktu naik escalator, kita boleh terus berlari untuk mengejar cita cita. lebih cepat sampai..
bijak jugak otak sayang aku ni sejak sejak hati berbunga bunga riang ni..

katanya lagi,
jangan naik lift!

kenapa?

lift akan mengatur hidup kita.
kita terpaksa tunggu untuk lift untuk membawa kita pergi ke sesuatu tingkat.
kadang kadang akan terlambat jika ramai yang mengganggu..
seolah olah hidup yang diatur..

wah!
dalam maksudnya tu..

tapi mampukah aku?
setahun..
hanya 12 bulan..
mampukah aku bekerja dan mempunyai orang bawahan yang usia dan pengalaman lagi banyak dari aku?
argh!!
satu dugaan..

sedangkan sebelum ini, aku pernah berfikir untuk menarik diri dari semua ni.
tapi entah dari mana, semangat muncul kembali.
Alhamdulillah...mereka lah segalanya..
kekuatan aku untuk meneruskan hari hariku..

KERJAYA!!
akan bersamaku dalam tempoh kurang dari setahun..
percaya pada diri, aku boleh lakukan!


No comments: