Wednesday, October 20, 2010

Kelebihan Surah Al-Kauthar


  • Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di Syurga.
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
  • Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
  • Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah mudahan Allah SWT akan makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. Jika kita baca 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kalim Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

5 comments:

Ainna Jalil said...

I like it nisa :)
can i shared it at my facebook?

Miss Anisah said...

Enna Banana: sure enna, u can share it..no problem dear..:)

Anonymous said...

Searching for an exclusive and limited scarf design?Do visit here :
http://pinkkouture.blogspot.com/

Tq,
Pink Kouture

ainhany said...

salam anisah,

Ohh bgusnya damalkan ayt al kauthar nie rupaernya. InsyaALLAH stu perkongsian dan boleh diamalkan muga2 yg dihajati dikabulkan, yg sukar mnjadi mudah dan terpelihara iman kita.

Terima kasih

Miss Anisah said...

insyaAllah..yang paling penting, kita kena selalu berdoa dan ingat kepada yang maha Esa..