Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum..
di sini, saya nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana anda berada.. 

Aidiladha juga mengingatkan kita dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT..

Hari ini ramai orang melakukan ibadat korban. Korban bukan sahaja menyembelih lembu atau kambing, tetapi korban mengandungi pelbagai cara.. Cuma perbezaan di antara pengorbanan seorang anak, isteri mahupun ibu..

mungkin suatu hari kita perlu berkorban untuk kebahagiaan diri sendiri, keluarga dan rakan rakan.

mungkin juga suatu hari, aku juga perlu berkorban demi kebahagian orang lain.. 

Kita tak tahu apa yang akan berlaku, takdir telah ditetapkan oleh Allah SWT.. 
kita hanya merancang, Allah jua yang menetapkan segalanya.. 

Aku sedang berfikir, tentang satu pengorbanan yang perlu atau tidak aku lakukan. 
Adakah ia akan memberi kebahagian untuk diri sendiri semata, orang lain semata atau semua orang? 
Entah lah.. mungkin memerlukan masa untuk mencari sebuah jawapan..
Tidak perlu terburu buru..
Takkan lari gunung di kejar..
Mungkin satu pengorbanan akan menjadi ukuran.. 

SALAM AIDILADHA..


No comments: