Tuesday, December 07, 2010

1 Muharam 1432

30 Zulhijjah.
pelbagai kejutan yang berlaku sebelum 1431 berlalu.. ape pentanda semua ni? yang penting, hampir gugur jantung bila berdepan dengan sesetengah situasi. aduh.. lemah semangat sekejap. mungkin apa yang berlaku ada hikmah yang masih belum aku sedar.. Ya Allah, berikanlah aku yang terbaik untuk kehidupanku dunia dan akhirat.

1 Muharam 
soalan pertama disoal, azam! 
azam baru untuk tahun ni, ape yer? banyak.. semoga Allah merestui dan meredhai segala permintaan aku dan perkenankanlah apa yang aku ingin kecapi. 

soalan kedua, huh!
sangat mencabar minda juga. tetapi aku tahu, akhirnya persoalan itu akan aku dengari juga walaupun tak kira dari mulut siapa. yang paling penting, ia berlaku hari ini. dan secara jujur aku berterus terang kepada insan itu. semoga apa jua pandangan tidak memburukkan sesiapa.

Walau apapun berlaku disepanjang perjalanan hidup, tempuhilah dengan redha.. Jangan terlalu cepat mengalah..Jangan putus asa. Hidup mesti ceria dan pandang ke hadapan. 


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432 M...
 Semoga penghijrahan di tahun baru mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya serta memberi 1001 erti dalam kehidupan..

1 comment:

zuanjoe said...

salam maal hijrah... bersama mencari keredhaan Allah. :c:
http://www.improveslife.blogspot.com/