Wednesday, March 30, 2011

apabila teman sendiri dirompak serta parang diletakkan di perut

I dapat tahu cerita ni selepas balik dari Sabah.. empat hari bercuti, macam macam dah berlaku..huhu.. 
soooooo scary.. 
fobia, trauma, semua lah... 

Khamis lalu Nurlin balik kerja macam biasa.. hari hari parking kereta depan rumah.. tetapi semasa nak membuka gate rumah dia, datang dua lelaki India berhenti dengan motosikal terus meletakkan parang panjang ke perut. Lelaki tersebut meminta menyerahkan semua barang yang ada.. Nasib baik tak mintak kunci kereta dan tak mencederakan Nurlin.. 

Barang barang tak lah banyak sebab Nurlin tak memakai barang kemas pun.. cuma wallet yang kat dalam ade duit untuk bayar baju pengantin serta bag kerja yang kat dalam tu ade 2 biji Britelite tu diorang angkut la.. Yang lagi menyusahkan bila semua kad nak kena gi report dan buat baru.. huh... lecehnye.... 

For me, eventhough barang yang diorang ambik tu takde la banyak mana, tak sampai seribu value dia, tapi terasa terancam bila di dalam kawasan rumah sendiri pun boleh kena rompak.. rasanya dah takde tempat yang selamat lagi dah kat Malaysia ni.. di rumah sendiri pun tak selamat.. 

Apa yang telah berlaku kat Nurlin tu, bukan setakat dia sorang yang dah fobia dan takut, I pun sama.. dah la selama ni I suka pergi shopping sorang sorang.. sekarang dah tak nak buat dah.. serius i TAKUT!

imagine, tengah drive sorang sorang, ada orang tahan then rompak.. tak pun, berhenti kat traffic lite ade orang  masuk dalam kereta.. huhhhh.... macam macam boleh jadi la sekarang ni.. 

so, beware jelah.. bila balik rumah tu, terus kunci pintu.. tak pun bila nak keluar dari kereta tu make sure takde sesiapa pun yang tak dikenali berada dekat.. kalau keluar malam malam tu, jangan la sorang sorang.. 

huhuhu.. pesanan ni lebih untuk diri sendiri.. sebab apa yang nak berlaku tu tetap akan berlaku kalau sampai masa.. huhuhu

2 comments:

faryzh said...

kat mana-mana pun semua bahaya.nampak macam takde tempat yang selamat untuk kita semua.tapi penjenayah ni lebih berani dengan kaum hawa.bukan nak cakap kaum laki tak berdepan dengan ancaman penjenayah,tapi target lebih kepada kaum hawa.

Miss Anisah said...

tu la pasal.. so, kemana mana pun nak pergi, elakkan berseorangan..