Sunday, June 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

terlebih dahulu I agak berkecil hati jugak masa mula mula dapat cerita ni.. Bila I call mak, dia cakap baru je balik dari Mersing sebab sepupu I kawin.. Waahh.. Sampai hati sungguh tak bagitau I sepupu I kawin dan diorang ke sana.. tapi takpe.. Sabar jela.. anak diaorang ramai. mungkin lupa untuk inform yang bongsu.. 

Anyway, 
Tahniah buat Joe dan isteri.. I masih tak kenal lagi isteri dia. huhuhu.. Insyaallah satu hari nanti I akan ke Mersing jumpa family kat sana. Buat kalian, semoga bahagia dan ceria selalu hendaknya.. Semoga perkahwinan kalian akan kekal bersama hingga ke akhir hayat.. 


Sebenarnya... 
Ada lagi sejarah yang tak boleh dilupakan ni.. Semasa mak ayah ke Mersing hari tu, diorang singgah Endau tau.. Ini kisah memang I pun tak pernah tahu.. Diorang ajak abang pergi cari rumah yang mereka pernah tinggal 50 tahun dahulu.. 


Waaahh!!
Amazing!! Masih ada di tapak asal dan masih kukuh.. Sebenarnya I tak pernah tahu pun tentang rumah Endau ni.. Yang I tahu, semasa zaman muda ayah seorang nelayan dan tinggal di Johor.. Tak sangka rumah yang dah ditinggalkan untuk pulang ke Cendering berpuluh puluh tahun dulu masih ada di tempat sama..



Ini kawasan depan rumah.. Mungkin 50 tahun dulu sangat cantik.. Sekarang, macam ni lah tempatnya..

Tapi I tetap geram dan sedih bila ingat balik diorang pergi Mersing tak ajak I. Dahla last I pergi Mersing masa abang Minhat kawin. Dah lama tu.. 


Takpe.. Nanti I ajak hubby I buat trip pergi Mersing jumpa pakcik I.. Serius rindu nak jumpa orang orang kat Mersing..

No comments: