Sunday, July 10, 2011

Hari Minggu.. Apa Plan?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. Harap semua sihat okeh.. Kalau tK sihat, makan la ubat... Semalam Semua orang tahu kan apa yang dah berlaku di KL... Mungkin ada di antara bloggers yang dah join perhimpunan semalam. Tapi itu hak masing masing la untuk membuat keputusan. Malaysia kan hidup dalam kebebasan... Apapun, semoga lepas ni dah tak ada perkara perkara macam ni berlaku lagi.. Tolonglah hidup dalam aman dan damai serta telus dan jujur dalam melakukan segala aktiviti.. I tak ada memihak kepaa mana mana pihak cuma ingin hidup dalam keharmonian negara sendiri je...

Tak nak dah cakap pasal perhimpunan ke ape... Cuma pagi ni tak tau nak buat apa.. Nak update blog macam tak best sangat kalau bukan guna laptop... Tapi kalau dah bosan macam ni, tetap akan updae la jugak.. Gadget Apple ni memang tak blogger friendly sangat.. Layak untuk main game dan surfing... Blogwalking tu layan la.. nak pergi mana pun hari ni, I tak decide lagi.. Mungkin swimming..

Cuma teringin pulak bercakap tentang perangai manusia bila terbaca entry Cik Tembume.. Bila berada di dalam kereta, macam macam ragam orang I boleh tengok. Maybe orang lain pun tengok I jugak.. I tak kisah.. Lagipun dalam kereta sendiri dan sorang sorang.. Apa nak kesah... Tapi I tak buat la perangai tak senonoh yang boleh menjatuhkan keanggunan dan kecomelan diri sendiri..hahaha... Comel ke? Okay..okay... I mengaku, I tak comel pun...

Bila cakap pasal perangai tak senonoh ni, korang pernah terfikir tak, hari tu korang pakai baju cantik giler gaban dah.. Make up dah stylo habis.. Tudung pun meletop, tiba tiba kat traffic light merah tu sambil menunggu hijau nak jalan, korang korek hidung bersungguh sungguh macam orang lain tak nampak pun ape yang korang tengah buat kat dalam kereta sorang sorang... Serius, I dah terpandang aktiviti ni bukan sekali... Banyak kali jugak la.. Ada lelaki, ada perempuan.. Maybe I boleh tengok aksi aksi macam ni sebab I keluar rumah seawal 7 pagi untuk bekerja.. Maybe ada orang yang tak sempat nak menyiapkan diri dia kot kat rumah sampai kena korek hidung dalam kereta...

Korang, rasanya tolong lah behave sikit bila dalam kereta korang.. Eventhough sorang sorang, tapi jangan lupa pemandu lain di sebelah ataupun depan kereta anda boleh melihat anda dalam misi diorang mencari hiburan sewaktu menunggu traffic light nak jalan tau...

Tengah tulis tulis ni, teringat pulak ada kisah satu hari tu.. Macam biasa la.. Tengah tunggu traffic light hijau.. Mata i memang suka mencari hiburan sambil bergayut di telefon bersama encik hubby sewaktu nak pergi kerja.. Ada seorang mamat ni, hensem memang hensem.. Bawak kereta dah cukup mahal.. Memang oerempuan mudah cair la tengok dia.. Kereta dia kat belakang kereta I.. Bila i pandang cermin pandang belakang, dia tengah feeling habis korek hidung.. Dia fikir kiri kanan dia takde kereta.. So orang lain tak nampak apa yang dia buat... Dia tak sedar ada orang lain di hadapan dia nampak apa yang dia tengah buat... Lama jugak aksi tu berlaku.. I dah gelak gelak dan mengutuk dah mamat hensem korek hidung tu dengan incik Hubby... Tiba tiba dia tersedar ada orang di hadapan sedang memerhatikan dia.. Dari tadi dia tengah Q panjang belakang I tunggu traffic light nak belok kanan, dah obvious lah dia memang nak pergi kanan sama macam I.. Tapi kan, tiba tiba dia potong kiri terus pergi jalan terus.. Tak masuk kanan dah...

Hohohohohoho....

Tau malu yer... Muka hensem tapi bursa saham BSKL dia dah jatuh merudum akibat korek hidung di jalan raya?????

Hahahahahaha....

So...... Lain kali, kalau nak korek hidung tu berhati hati... Sebab itulah kita disarankan bagi setiap orang memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali pada waktu pagi bangun tidur untuk menyucikan apa yang patut sampai dia keluar.. Nanti takde la orang boleh tengok korang beraksi untuk membesarkan lupang hidung diwaktu pagi....

No comments: