Saturday, July 30, 2011

Kisah Benar : Perempuan, hati hati memilih produk kecantikan

Rabu lepas, I berborak dengan rakan sekerja.. Biasa la..sambil menunggu clearance untuk membuat kerja, borak borak ni jadi la benda biasa.. Lagipun, kitorang kan take turn dengan Mechy guys bila bekerja kat sesetengah area kat kapal tu..

Dalam borak punye borak tu, kawan I tu bercerita la tentang kakak ipar dia yang dah menjadi mangsa produk kecantikan tu.. Firstly, dia tanya I, Anisah, muka ko pakai produk apa eh? Ko pakai tak produk XXX? I letak XXX jela yer.. Bahaya jugak untuk dedahkan kat sini... Huhuhuhu...

Then, I jawab, huh!! Tak kuasa la nak pakai produk XXX.. Mahal.. Tak berbaloi dengan harga.. Entahcok entah tak.. Lagipun muka saya ni cerewet sikit.. Tak boleh tukar sesuka hati.. Kang muka saya terus naik jerawat..

Kawan I sambung, Baguslah tak pakai.. Muka kakak ipar aku dah bengkak bengkak dan merah dah.. Sampai pergi klinik dah.. Tak pasal harini tak leh gi kerja.. Konon nak cantik macam owner dia la.. Sekali..hambik ko... Jadi teruk da..

Dan yang menarik lagi, bila kakak ipar kawan I pergi jumpa dokktor, doktor cakap "awak bukan orang pertama datang berpunca dari kosmetik XXX..."

Wow!!!!! Dahsyat... I yang dengar memang sangat terkejut la.. Nasib baik I tak pernah berfikir nak guna produk XXX memandangkan harga yang "lebih baik aku continue pakai OLAY"..... hahahaha...

Tapi yang menghairankan, takde pulak owner kosmetik tu kena apa apa.. Mungkin pengguna tak sampai hati nak report memandangkan ramai yang sukakannya.. Mungkin semua yang menjadi mangsa cakap, "produk ni cuma sesuai dengan DIA je kot.. Kan ikut kulit dia..."

Opsss!!!!

I tak nak cakap produk apa, Sebab bukan I yang kena.. Kakak ipar kawan I yang kena... Kalau I, mungkin I ambil tindakan la kot.. Cuma, nasihat untuk kaum perempuan, hati hati memilih produk kecantikan supaya tidak memudaratkan diri sendiri ok...

5 comments:

teratai said...

Memang kena hati2 terutama sekarang ni terlalu byk jenamanya...pastikan yg ada kelulusan @ cop sirim

saharinasaharudin said...

akak,product ape tu?mybe rin guna prdct tu ke.huhu.bleh x akk email nm prdct tu? pinkypomish@yahoo.com

thanks :)

Miss Anisah said...

Teratai : betul ti... Memang kena sangat hati hati.. Kadang kadang sesuai dengan org tapi teruk dgn kita...

Miss Anisah said...

Rin : akak dah email da kat rin..

Miss Anisah said...

Rin : akak dah email da kat rin..