Friday, July 15, 2011

Salam Mesra Darul Hikmah - Yayasan Darul Hikmah

ini kali kedua join aktiviti Kelab Kembara Backpackers MAS.. sebelum ni i ikut Kem Pintar 1 Malaysia di Sarawak then kali ini kita ke Gopeng, Perak.. 

masa nak buat event ni I bergerak ke sana dalam pukul 1 pagi dari SZB then sampai sana dalam pukul 4 pagi.. 

time ni ade citer best.. dah la first time pergi tempat orang.. pastu sampai awal awal pagi cenggitu.. dalam gelap2 bulan mengambang time tu, tiba tiba ada seorang perempuan keluar dari celah celah pokok getah!!

ohhhhh mak ko tergolek masuk longkang!!!!!


oppss!! 
I tak melatah.. terkejut je.. Cuma member i je yang dah menggelabah.. 

Ayat dia, "anisah... kita nampak orang ke hantu ni???" 

ayat i macam biasa la... "asna, ni kan dah awal pagi.. makcik la tu.. dia dah kuar menoreh getah da ni pagi pagi buta.. biasa la.."

"eh, ko biar betul anisah..." 

"dah tu, cuba ko pandang belakang, makcik tu ade lagi tak?"... i dah pandang cermin da pun.. nampak makcik tu duk menoreh.. 

tapi asna, "taknak aku!! sekali dia dah hilang, kan confirm dia tu hantu.." 

adehhh!!! 
susah jugak bawak penakut jalan malam malam.. hahaha....

abaikan citer hantu bukan kak limah tu.. hehehe.. 

I nak cite kesah yang berlaku kat Gopeng.. 

pergi Gopeng haritu cuma sekadar nak beramah mesra dengan anak anak yatim dan miskin yang tinggal kat situ je.. sambil tu ada la buat aktiviti aktiviti untuk menghiburkan diorang.. buat kitorang enjoy sekali.. okay la kan, weekdays, bekerja penat penat, weekend menghiburkan orang dan hati sendiri...

jom lah layan gambar..
















Yayasan Darul Hikmah mempunyai ahli seramai 53 orang yang terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki. Mereka yang tinggal di sini adalah mereka yang kehilangan ibu bapa dan juga dari golongan miskin.. Mereka di sini memerlukan bimbingan dan perhatian untuk memajukan diri agar setanding dengan pelajar luar..



secara jujurnya, saya berasa amat bangga berpeluang menyertai program seperti ini kerana dapat menyelami kehidupan anak anak seperti mereka... Insyaallah.. jika ada kesempatan dan peluang, saya akan menyertai lagi program seumpama ini...



sebak sewaktu menyanyikan nasyid sebelum kami pulang...

No comments: