Thursday, August 25, 2011

Kad Raya : I Sedih tapi Gembira!



Serius sedih... 

Dulu,
bila Ramadhan je, terus bersemangat nak pergi bandar.. Sebab nak beli kad raya.. Untuk cikgu la.. kawan kawan la.. sedara la.. secret admirer la.. kalau boleh masa tu, semua orang nak bagi.. Sebab apa tau, mengharapkan balasan.. nanti dapat kad raya jugak.. Masa tu, 10 hari puasa pun dah sibuk nak pos kad raya.. nak make sure orang dapat kad raya kita.. so boleh la dia balas cepat cepat... 

Tapi... 
Tu dulu.....

Sekarang, 
Bila Ramadhan tiba, puasa je yang penting.. Kad raya memang takde dalam kamus hidup la.. Buat perkara wajib je.. Apa apa benda yang mendorong untuk mencipta kemeriahan raya tu langsung tak peduli.. Bukan apa.. Kadang kadang tersa out dated la jugak bila kat kedai tu, sibuk nak pilih pilih kad raya.. Orang pulak pandang je.. Timbul lak satu perasaan, segan la nak beli kad raya.. 

Kad raya ni sekarang macam dah ketinggalan zaman sungguh.. Tapi sebenarnya, perkara perkara macam ni la yang memeriahkan lagi raya.. Itu tak masuk part kuih raya lagi tu.. Lagi la sibuk.. Tunjuk je kat kedai.. hahaha...

Kadang kadang terasa sedih jugak.. Dah tak dapat kad raya pun.. Takde orang nak kasi ke... Tapi tak boleh sedih jugak.. Sebab diri sendiri pun segan nakgi kedai beli kad raya untuk orang lain. hohohoho..

Cuma.....













Cuma......

























Cuma..........



tahun ni macam ada jugak pengubat untuk buat I happy menerima kad raya.. Tak Sangka pun I akan dapat kad raya...


Terima Kasih diucapkan kepada En. Eyriqazz sebab sudi menghantar kad raya untuk Miss Anisah.. Eyriqazz dah buat Anisah happy tau.. Dapat jugak kad raya.. Cuma, Anisah tak sempat nak balas da ni.. Dapat pun semalam.. Kang pos, takde posmen nak hantar ke rumah Eyriqazz... huhuhuhu... 

Cuma Eyriqazz, tolong drop alamat Eriqazz ke email anisah.bb@gmail.com okeh.. plesss.... hehehehe...

Terharu I... Dapat kad raya....

Selamat Hari Raya semua.. 
Maaf Zahir dan batin.....

1 comment:

Sarah Syahira Shahruddin. said...

bestnya dapat kad. saya sekeping pun tade. yang virtual FB ade le. sedihsedih =(