Friday, August 19, 2011

Kenapa saya stop ber 'CHECK IN' di FOURSQUARE


FOURSQUARE...

Rasanya sangat ramai orang suka dengan application ni. Special untuk pengguna smartphone dan sesiapa yang mempunyai data plan.. tapi dari computer juga kita boleh check in kan? tapi sekarang I dah stop menggunakan application ni.. Tengok lah gambar.. Last check in pada 16 Jun 2011.. I pun dah delete application yang tak berguna buat I kat smartphone I..

Kenapa yer?

Sedangkan I la orang yang sangat aktif ber 'CHECK IN' tak kira ke mana I pergi.. Nak kejar untuk jadi Mayor tu satu la.. Lepas tu nak inform kat kawan kawan ke mana I pergi.. Kadang kadang sebab nak suruh kawan kawan jealous la katakan.. hahahaha...

Sampailah satu hari di tempat kerja.. Biasa la.. hidup I memang banyak dihabiskan di tempat kerja.. Sedang I berborak, ada seorang engineer keluarkan cerita Foursquare. Pandangan dia tenang application Foursquare ni.. I ambik port la.. Memandangkan I jugak seorang user..

Apabila bercakap, mengeluarkan pandangan dan kritikan dari semua orang yang berada di situ, rasanya hampir semua daripada kami berhenti menggunakan Foursquare..


KENAPA??


Kerana, 
terlalu banyak keburukan daripada kebaikan menggunakan application ni.. TAPI... Mungkin ini bukan untuk semua orang la.. Untuk I, ini la yang I rasa..

'Check In' Foursquare memang untuk happy happy je.. Dengan kawan kawan.. Nak inform diorang kat mana kita berada.. Bertujuan nak ajak diorang datang ke tempat sama la, nak buat diorang jealous jugak bila kita pergi ke sesuatu tempat yang best.. Yang penting untuk suka suka..

TETAPI,

Ada yang kita tak sedar disebalik application yang kita suka suka nak guna tu..

Andai kata, 
ada orang yang sedang memerhatikan kita dengan niat yang jahat.. Contohnya, nak rompak ke.. Nak culik ke.. Dengan Foursquare yang kita sibuk nak 'Check In' tu, lagi mudah la kerja dia.. Tak payah nak mengintip beria sangat, dari Foursquare je dia mampu mengesan di mana kita berada.. 

Lagi satu, 
dengan Foursquare jugak, kadang kadang kita menulis status sewaktu kita 'Check In'.. Katakan kita dah 'Check In' di XXX dengan status "bersama sama family, Nobody home"...

Kalaulah rumah kita tu memang dah ada yang geram je nak masuk merompak, senang lah kerja diorang, dah tahu confirm rumah takde orang.. Boleh la melakukan operasi.. 

Kadang kadang benda macam ni la kita tak nampak.. Yang kita tahu, nak 'Check In' bagitau orang kat mana kita berada..  Ye tak? 

Bukannya apa, kadang kadang kita perlu lebih berhati hati dengan sesetengah perkara.. Kita tak pernah tau siapa yang buat baik dengan kita dan siapa yang nak buat jahat.. Kita fikir kita memanglah sentiasa selamat sehingga ada perkara yang buruk berlaku... 

So, itulah sebab kenapa I stop ber 'Check In' di Foursquare dan mana mana application yang boleh check in la.. Untuk keselamatan diri.. 




2 comments:

Daddylicious said...

terpulang dgn masing2 punya keperluan ...agak3 tidak selamat ..jangan buat...

AcanCapik said...

couldn't agree more... nasib baik henset aku tak canggih... kalau tak rajin gak aku check-in. =p