Saturday, August 27, 2011

Post Terakhir Sebelum Pulang Beraya...

Assalamualaikum...
morning semua.. I sebenarnya tengah bersiap siap nak pulang ke kampung ni.. tapi terfikir blog tak terusik pulak.. 

so untuk entry yang agak sampah ni, I pun tengah bersiap siap nak balik kampung, dengan blur blur jugak nak angkut apa nak bawak balik kampung, yang penting baju raya dah angkut dah, ingin membuat pesanan kepada semua pemandu agar memandu dengan berhati hati semasa pulang ke kampung.. janganlah berlumba lumba di jalan raya okay.. I pun kejap lagi nak pulang ke Felda Neram 1 Kemaman Terengganu.. 

I promise harini I takkan drive 2 jam 45 minit untuk sampai ke Felda Neram 1 dari Subang.. I akan patuhi segala peraturan di jalan raya sebab abang dah call cakap polis bersepah sepah di tepi jalan.. hohohoho... Tak de la.. Tak takut polis pun, cuma taknak la kepulangan yang dinantikan nanti berakhir dengan tangisan.. 

Ni pesanan untuk korang jugak tau.. Jalan nak cepat sampai.. Pandu berhemah dan semoga selamat sampai ke kampung halaman... =)


saje nak tempek gambar selekeh last day pergi kerja.. Kerja tak kerja sangat la sekarang ni kan.. Departmental Visit.. apa pun kengkawan, kita continue kerja kita after raya okeh.. jom cipta mood raya dulu...


No comments: