Thursday, September 01, 2011

Gigi dan Ubat Gigi... Bekerjasama Lah!


Selalunya I tak pernah cerewet untuk memilih apa apa pun ubat gigi.. Pada pendapat I, semuanya tu sama je. Fungsinya tetap sama.. Untuk membersihkan gigi. Janji, rasanya tak pelik la.. Sebab nanti, rasa ubat gigi yang pelik pelik selalunya akan buat I muntah.. hehehe... 

Akhir akhir ini..

Semenjak semua harga barang meningkat.. 

I pun cuba la cut cost kat mana mana yang boleh.. Lagipun dah bertekad dengan diri sendiri, sesak macam mana sekalipun di tengah bulan, jangan cuba meminta duit dari parents. Katakan tidak sama sekali.. Jadi, mana mana yang boleh potong tu, potong jela.. Cuma jangan katakan tidak kepada Olay sudah la.. Itu memang tak boleh.. Dah mahal macam mana sekalipun, tetap tak tukar kepada jenama lain.. Tak sanggup biarkan muka berjerawat. Hohoho...

Bila dah berarah ke misi JIMAT, ubat gigi pun I tukar.. Dari Colgate ke Darlie.. Harga beza tak banyak.. Cuma Darlie lagi murah daripada Colgate yang I guna.. Lagipun, terpengaruh dengan hadiah hadiah Darlie tu.. Mug la.. Mangkuk la.. 

Kemudian, gusi berdarah.. Kenapa eh? Pergi la Dentist, check gigi buat scaling semua.. Tetap berdarah jugak.. Tak tahu dah apa nak buat, gosok gigi selalu, tukar berus gigi pun selalu.. Tak terfikir pun ubat gigi tu penyebab.. assume semua ok je.. 

Sedar tak sedar masa seminggu balik rumah parents.. Kat sana, diorang guna Colgate.. Gusi I takde lak berdarah sepanjang stay kat sana.. Gigi I dah la stok berdarah tiba tiba je.. Bukan masa makan ke gosok gigi.. Ikut sedap rasa dia ke berdarah sampai I pun rasa tak best.. 

Sekarang, I dah tukar menggunakan Colgate semula selepas sedar Darlie tak boleh menjadi kawan I.. Huhuhu.. Sesetengah orang memang alah terhadap sesuatu benda.. kan?

No comments: