Saturday, September 17, 2011

Tersebak di petang raya...

Kisah di petang raya...

Sehari sebelum raya.. Semua satu family sibuk di dapur.. Yang sangat tak sangka dan cayalahhhhh... Tabik spring jugak.... Semua abang abang membantu di dapur.. Hebat! Itu adalah diluar kebiasaan seorang abang.. Hahaha... Bila di tanya, kenapa membantu di dapur?? Bosan.. Tak tahu nak buat apa di luar.. Al Maklumlah.. Channel TV kat umah parents tak best sangat.. I pulak terlupa bawak balik card Astro yang macam macam channel boleh tengok.. Nasib ler...


Bila dah di petang raya, mestilah dah siap masak macam macam menu bagai.. Dari menu Terengganu hingga ke Jawa. Tahun ni semua wajib ada la bila semua pulang beraya.. Except sorang abang yang beraya di rumah mertua.. Tak kesahlah walaupun dua tahun berturut turut dia beraya di sana. Dah mertua dia tak sihat.. Kena consider lah....


Di samping memasak, tempahan ketupat palas pun mesti disiapkan sebelum waktu berbuka.. Dah janji dengan customer sebelum berbuka semua tempahan siap.. Ok la.. Memang siap pun dengan bantuan anak anak mak... I paling banyak tolong.. Tolong makan ketupat palas.. My febret!!


Pastu, nak dijadikan cerita yang buat I tersebak di petang raya tu. Dalam banyak banyak tempahan tu, Ayah Wan pun ade tempah jugak.. So I call je dia suruh datang ambik kat rumah. Sebab tak sempat lah pulak nak buat kerja kerja delivery kan petang petang gitu.. Bila dia dah datang ambik, I bagi la sekali lauk pauk yang I dah siap masak sket untuk Ayah Wan berbuka.. Tapi yang menyayat hati tu bila Ayah Wan pandang je I, terus dia cakap, Arif dah takde.. Kamu takde la kawan nak beraya tahun ni.. Huhuhuhuhu... Tersebak dan terus masuk dalam umah dan menangis... Kenapa Ayah Wan cakap macam tu.. Sedih la.. Tahu la Arif dah meninggal. Tapi kena tabah kan.. Sedih tu memang la sedih bila kawan sejak dari kecil tiba tiba meninggal.. I tak pernah lupakan dia sama macam tak lupakan arwah abang abang I...

Hmmmm... Raya tahun ni memang tak best...


P/S : Dua jenis ketupat yang memang menu wajib 1 sepanjang tahun.. bukan tunggu raya je baru makan.. bila nampak daun je mesti suruh mak buat.. hehehe




4 comments:

Hapiz Mutalib said...

arif mane?
aku kenal x?

Miss Anisah said...

Xtau la knl ke x...duk kg tgh...

MOHD FAHIMI AB. RASHID said...

arif mane ek??
ttnya2 aku...

Miss Anisah said...

Korang klik link ni jela

http://missanisah.blogspot.com/2011/01/wan-arif-bin-wan-ali-setiap-yang.html