Thursday, October 27, 2011

Perkenalan Seketika Membawa Kabar Duka

Beberapa bulan yang lepas, berpeluang mengenali dia.. Pertemuan pertama memang mendebarkan hati. Takut dan risau tentang padangan pertama tentang diri ni.. Tetapi, berbekalkan semangat dan dorongan insan tersayang aku berjaya mengadap dia buat pertama kali..

Kemudian, setelah beberapa ketika dan peristiwa membuat kami akrab seperti tiada jurang pemisah. Syukur.. Alhamdulillah.. Aku diterima dengan senang oleh dia.. Begitu juga aku yang senang sekali mempunyai dia..

Kenangan manis yang tak boleh dilupakan rasanya di sepanjang Ramadhan lalu.. Selalu berbuka bersama sama.. Membantu menyediakan juadah berbuka.. Dan yang paling bangga sempat belajar menyediakan makanan kegemaran insan tersayang.. Indah sungguh...

Cuma, disebaliknya terdetik sayu di hati dan gugur jua air mata bila ada suara berkata dia sedih kerana tak pernah mendapat sebarang tanda mata sejak beberapa tahun lalu.. Ya Allah.. Aku dah belikan apa yang dia inginkan itu.. Aku dah sediakan.. Cuma tak terhulur.. Ketika ke Bandung, aku dah belikan bahagian dia.. Tapi.. Kenapa tak terhulur buat dia? Kenapa.... Apa hikmah disebalik semua ni? Sungguh.. Aku sedih...

Dalam keadaan tak sangka, perkenalan yang belum mencecah 6 bulan, aku kehilangannya buat selama lamanya.. Bukan cuma aku.. Dunia sudah kehilangannya.. Syukur Ya Allah.. Aku sempat mengenali dia.. Dan tempatkanlah dia di kalangan hambaMu yang beriman.. Amin...

Mengimbau kenangan Rabu 12/10/11 lalu..

Di saat itu aku sedang menulis sesuatu di salah satu entry blog ini.. Panggilan telefon daripada en hubby sudah cukup mengejutkan.. Diwaktu bekerja.. Jarang kami berkomunikasi di telefon kecuali tentang hal yang penting..

Ya.. Berita yang disampaikan memang sangat penting dah mengubah segalanya..

Kemalangan... 
Satu perkara yang memang susah aku nak terima... Sejarah kemalangan keluargaku 2 kali menjadi tragedi.. Sangat sayu mengenangkan peristiwa itu.. Dan kali ini seperti itu juga.. Seorang daripadanya pergi mengadap Ilahi.. 

Ibu kepada En Hubby.. Ibuku jua.. 



Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Tempatkanlah Saodah bersama hamba hambaMu yang beriman. 
Amin..

Aku redha dengan pemergian yang sangat mengejutkan itu dan sedar ujianMu itu hanya untuk menguji hambaMu yang lemah. 

1 comment:

ainhany said...

al fatihah buat almarhumah ibu,muga ditempatkan diklangan org yg soleh. insya ALLAH

salam takziah buat anisah dan family yang ditinggalkan..kita restui pemergiannya dan menerusksn kebajikan buatnyaa..