Tuesday, November 01, 2011

01.11.11 - 1001 Cerita

Cantik lah pulak tarikh hari ni kan..
Lagi cantik bila hari ni boleh melepak kat rumah.. 
Tapi hari ni bukan ponteng macam bulan bulan sebelum ni yer..

Start hari ni, I bekerja mengikut beberapa shift yang ada kat ASU tu.. Semalam hari pertama I kat ASU. Terasa macam duduk dalam akuarium! Pastu terasa sangat ramai lelaki dan nak kemana mana pun jauh! Apa yang dipelajari semalam, I perlu sentiasa mematuhi masa dan jangan terlambat! Sebab segalanya akan datang pada waktu yang tepat. Takde delay delay dan takde yang akan menunggu kita okay..

Kebetulan jugak, hari pertama kerja terus OFF dua hari.. Tu I boleh melepak kat rumah dengan riang gumbira neh. Tapi yang tak best hujung minggu ni.. I tak boleh balik raya kat Kuantan.. I kerja malam lah... Tapi takpe.. Lepas kerja iaitu pagi raya, I balik rumah Atuk Nenek kat Kampung Baru jela.. Takkan I nak balik rumah Salak Tinggi dan berkurung kat rumah di hari raya kot! 

Owh, TIDAK!

Macam mana sekali pun pagi raya Ahad nanti I akan berusaha untuk sampai ke Kampung Baru jugak dengan ERL. Hahaha.. Nasib Baik ERL ada untuk memudahkan perjalanan I dari KLIA ke KL.. Al Maklumlah, I dah sangat malas drive sekarang..huhuhu...

Okey lah.. Dah malas nak menulis ayat ayat boring untuk orang baca.. Nak pergi blogwalking pulak.. Baca Blog korang lagi best dari menulis sambil berfikir tentang perjalanan kehidupan I yang semakin boring ni.. 

Sila sila la drop link korang eh kalau nak I sampai dan follow korang..
=)




2 comments:

anymz said...

ya tarikh hari ni mmg cantik.
dah lama akak tak berkunjung ke sini..:)))

aiEz said...

hari dan tarikh terbaik...;)

err xmo boring2,berblog itu sangat best,err bg aie la..sbb macam2 boleh dapat...berblog macam terapi,hehe