Thursday, November 03, 2011

I bukan Perasan Tapi Ini Kenyataan

Ai, rasanya macam nak bercerita tentang satu kesah la pulak.. Kisah lelaki..

Biasanya pepagi sebelum I pergi kerja (kalau hari yang bekerja kat Subang la), I akan breakfast kat Seksyen 13 Shah Alam.. Kat kedai La Tansa tu..

Benda yang paling I suka buat ialah memerhatikan orang datang beli jemput jemput.. Bukan apa.. Jemput jemput seposen satu kat kedai tu memang sedap. Sampai ramai yang sanggup menunggu la kalau makcik tukang masak tu belum siapkan lagi jemput jemput tu..

Okay, I tak berminat nak cerita pasal jemput jemput dah.. I nak cerita perihal lelaki.. Since last week, ada la satu mamat ni suka sangat duk usha I.. Bukannya I nak perasan.. Tapi itu hakikat.. Sebab En. Hubby pun perasan tentang aktiviti lelaki itu.. Cuma kitorang tak soal dia apa apa la.. Sebab pepagi takde mood nak mencari pasal dan kitorang terima ajelah hakikat yang orang memang suka memandang I.. hahaha...(perasan)

Tapi la kan, dua teka teki yang I dengan En. Hubby bahaskan adalah mengenai baju dan lokasi mamat tu duduk bila nak makan...

Nak tau tak kenapa?

SEBAB....
Mamat tu hari hari pakai baju kemeja biru kotak kotak dengan slack hitam dan duduk di kerusi dan meja yang sama je.. Takde tempat lain dah.. Menurut firasat I, dia pakai baju dan seluar yang sama setiap hari!

Dan sekarang, bila I dah kerja kat ASU, En. Hubby cakap, dia masih memakai pakaian yang sama, duduk di tempat yang sama.. Cuma yang tak sama, dia dah tak memandang kearah En. Hubby dah.. Sebab En. Hubby gi makan sesorang.. hahaha

Obvious...
Dia memang suka pandang perempuan iaitu I.. NGERI!!


2 comments:

Semut Senyum said...

ops!!! mcm kureng je mamat baju biru kotak2 tu... tak pun memang dia suka pakai baju kaler tu n sluar slack warna n style tu, dia borong banyak2 kot...

ainhany said...

eh bahaya tu dik.....

dari mata turun ke hati...cepat pasang pendinding besi!!

sangka baik: itu pakaian rasmi mamat tu ke opis dan mungkin dia ada kenangan pada meja yg anisah duduk tu...maklumlah kisah lama .hii Mode: cool