Tuesday, November 29, 2011

MAS Adventure Camp 2011 - Barisan Kerah Tenaga

hallu.. 
morning... 

opss!! 
Assalamualaikum.. 

I baru balik dari percutian ke kampung ni.. Mood; masih lagi ala ala terengganu kiter.. keropok lekor dijadikan breakfast, nasi dagang dan serunding dari Pasar Payang..hehehe.. Best pulak tak payah penat penat driving 8 jam.. Firefly ada untuk terbangkan I ke kampung.. Seronok sangat ni. Lagi seronok bila tiket pun di sponsor.. haih.. Naik lemak lagi la.. Mintak sponsor je kerja..



Seperti yang dijanjikan, I nak meneruskan update tentang MAC 2011. Mesti ramai lagi readers I kat sini tak tau apa tu MAC 2011.. Ini adalah program tahunan Kelab Kembara Backpackers MAS (BPKC) dengan kerjasama Kelab Sukan MAS. Selalunya kem sebegini diselang selikan dengan kem kem lain seperti Kem Penyayang dan juga Kem Pintar. 

Kem Penyayang dianjurkan untuk anak anak yatim dan golongan golongan miskin yang mana tidak mampu untuk merasai program seperti di MAS Adventure Camp di atas faktor bayaran yang besar.. Oleh itu, pihak BPKC sentiasa bergilir gilir melakukan aktiviti seperti ini untuk mencari dana bagi menjalankan kem seperti Kem Penyayang. Insyaallah, pada tahun 2012, BPKC akan menjalankan Kem Penyayang untuk golongan tersebut. Cuma pencarian dana serta sumber kewangan untuk mejalankan Kem Penyayang masih tidak memberangsangkan. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan bagi menjalankan Kem Penyayang amatlah digalakkan dan boleh lah menghubungi kami..

Manakala, Kem Pintar adalah kem yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines untuk pelajar sekolah angkat MAS. Pihak BPKC selaku pihak yang hanya menjalankan program seperti kem yang telah dijalankan di Permai Rainforest Resort Kuching Sarawak pada pertengahan tahun 2011. Kebiasaannya, Kem Pintar akan menjadi aktiviti tahunan MAS untuk sekolah sekolah angkat di atas jagaannya disamping BPKC akan menjadi tulang belakang untuk menjayakan program outdoor seperti mana MAS Adventure Camp. 

Sekarang ini dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan barisan tenaga kerja yang telah menjayakan MAS Adventure Camp 2011 memandangkan kem ini baru sahaja berakhir. 


















Mereka inilah yang sudah bertungkus lumus memastikan kejayaan program serta semua pelajar didalam jagaan yang baik.. Tahniah diucapkan kepada semua.. 

Rasanya untuk menceritakan perjalanan program, saya dengan berbesar hati ingin menggunakan feedback salah seorang peserta yang dengan sukarela telah menulis pengalaman beliau di MAC 2011 sebagai tanda penghargaan serta terima kasih. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di kem yang akan datang..

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa peserta dengan komen komen yang menggalakkan kepada pihak kami.. Andai kata terkasar bahasa, salah silah serta kepincangan disepanjang program berlangsung, harap dimaafkan.. Kepada ibu bapa yang gagal menghubungi kami disepanjang kem, ucapan maaf juga dihulurkan.. area tu memang susah nak dapat signal.. 

kepada semua peserta, 
You're 
AWESOME!!



No comments: