Saturday, November 05, 2011

Salam Aidiladha, Kali Ke 3 tak Beraya dengan Mak Ayah..

Terlebih dahulu I nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam.. 

I kerja di Hari Raya.. Malam ni shift malam.. Abes pagi besok.... Pagi esok tetap boleh beraya... Hahaha.. Cuma bukan dengan mak ayah la.. tak sempat la nak balik.. Malam esok kena masuk kerja lagi.. Huhuhu..

Raya ni, kali ke tiga I tak dapat beraya dengan mak ayah.. Sedihnya..

Kali pertama, 
tahun 1995. 
Masa tu umur 7 tahun.. I ditinggalkan bersama nenek sebab mak ayah pergi buat haji.. Tapi I yang tak berapa rapat sangat dengan nenek, so duduk dengan dia tengah hari je sementara tunggu abang long I balik mengajar.. Sebab I lagi sanggup duduk dengan Abang long I daripada duduk dengan nenek. Sebab terasa macam dia tak hiraukan I pun masa tu.. Malam malam tidur dengan Kak Zura sebab pagi esoknya nak kena pergi sekolah. Masa tu agak berdikari jugak la.. Sebab terasa takde sesapa yang sayang melainkan Abang dan Kakak. Sebab tak layan sangat pun.. Cuma, I teringat sesuatu.. Arwah Ayah Teh selalu panggil ajak lunch dengan dia kat rumah. Kalau dia tak ajak, I memang I tak lunch sebab nenek tak bother pun bab makan tengah hari I sepanjang mak ayah pergi Mekah masa tu.. Kecian.... 

Huhuhu.. Tak baik betul ungkit benda benda yang lama..
hohohoho...


Kali ke dua,
tahun 2006.
Mak ayah pergi Mekah lagi.. Tapi masa ni dah tak kisah dah.. Hidup I kat Ara Damansara under METC. Masa tu, raya ke tak raya I dah tak kisah.. Mummy Nisa pun ada ajak balik raya kat Kota Tinggi, tetapi Kak Zura datang ambik kat Ara Damansara sehari sebelum raya.. Alamak.. Tak Dapat nak raya kat umah mummy.. Rupa rupanya, boring giler ko raya kat Sungai Besar.. Rasa macam tak raya pun. Dalam hati menyesal pergi raya kat rumah Kak Zura.. Ikut Nisa balik kampung lagi best. Hari Raya kerja I tidur je.. Dah takde apa nak buat.. 

Kali ke tiga.. 
Esok!
Terpaksa beraya sendirian memandangkan tugas I terhadap MALAYSIA AIRLINES. Kapal nak terbang.. Mestilah kena kerja.. Kalau tak macam mana pilot nak terbangkan kapal kalau takde maintenance crew.. Walaupun tukar apprentice tak sebesar engineer, tapi kami tetap perlu ada kat situ bekerja dalam kumpulan.. Cuma plan di pagi raya esok, I nak balik rumah mak mertua Kak Mie kat Kampung Baru untuk beraya.. Memandangkan rumah tu pun dah jadi macam rumah I sendiri, I balik raya dekat Kampung Baru jela esok.. Tu pun kalau I tak mengantuk ler.. Malam esok pun nak kerja lagi. 

Apa apapun, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. 
SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN. 

Bekerja pun adalah satu pengorbanan jugak tau!

2 comments: