Friday, November 25, 2011

Tetamu Yang Tak Diundang?!


Assalamualaikum.. 
hai semua.. 

lama jugak tak update kat sini.. kesibukan membataskan lagi aktiviti blogging. Semalam I baru je balik dari MAS Adventure Camp 2011 di Hutan Lipur Ulu Kenas. 

Apabila beraktiviti, gambar mesti la tak tinggal kan. Nanti I akan post gambar gambar di sepangjang kem pulak. Cuma nak start dengan gambar kat atas ni dulu.. Agak agak korang boleh menilai tak apa yang ada di dalam gambar di atas?

Pada mulanya, I cuma berfikir itu adalah seekor monyet. Tetapi, sepanjang aktiviti dijalankan, I tak pernah tertinggal satu slot pun dan tak pernah nampak monyet atau binatang lain yang datang dekat dengan dewan.. Tetapi ada pulak BENDA ASING dalam gambar di atas. Baik je duduk kat atas pagar dewan tu. 

I tak nak fikir negatif sangat, tetapi tengok la sendiri. Tafsirkan.. Budak budak pun tak tahu tentang gambar ni sebab tak nak buat mereka takut. Andai kata dalam gambar kat atas tu BENDA ASING, normal la.. Hutan.. Mereka pun makhluk Allah jugak. Cuma, bagi I, Alhamdulillah takde kena kacau ke apa.. Niat kami baik kot untuk buat aktiviti sempena cuti sekolah.. 
huhuhuhu

No comments: