Thursday, December 01, 2011

Bagaimana cara untuk mendapatkan tidur berkualiti?

Budaya kerja I sekarang sangat mengganggu kehidupan harian. Sewaktu kerja siang, terasa hidup bermakna. Masih sempat melakukan pelbagai aktivi. Tetapi bila bekerja diwaktu malam, terasa sangat rugi. Waktu siang sudah dihabiskan dengan tidur. Selalunya, bila sampai rumah dalam 7 pagi, hampir seharian digunakan untuk tidur.. Sungguh terasa tidak sempat menikmati siang. Bila bangun dari tidur pun dah petang dan perlu bersiap siap ke tempat kerja lagi.. BOSAN!

Secara jujurnya, I memang tak minat bekerja shift..

Tetapi, bila blogwalking ni banyak juga faedahnya. Boleh mencari pelbagai tips yang boleh digunakan untuk diri sendiri jugak. Sewaktu menjelajah ke blog BEAUTILICIOUS, I ternampak 7 Cara Untuk Mendapatkan Tidur Siang Yang Berkualiti. Wahhh.... ini sungguh menarik ni untuk dipraktikkan ni. Jadi, kepada semua yang mempunyai waktu tidur yang berubah ubah, bolehlah teruskan membaca artikel di bawah ni. InsyaAllah ada faedah yang kita dapat.


Hasil daripada kajian oleh universiti Harvard dan universiti Athens, ia menunjukkan bahawa sekiranya seseorang tidur siang tidak melebihi daripada 90 minit, ia mampu untuk membantu meningkatkan kekuatan otak, menguatkan kesihatan mental, dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk lelaki. Dibawah disenaraikan 7 cara untuk anda mendapatkan tidur siang yang berkualiti.

Setkan alarm- Tidur siang sekitar antara 60 hingga 90 minit akan merehatkan mata anda dan ia turut membantu untuk meningkatkan daya ingatan. Tetapi, sekiranya anda tidur melebihi daripada 90 minit, anda sudah memasuki kitaran tidur yang baru dan ia tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada anda. Malah, ia juga mungkin akan menjadi punca untuk menyukarkan anda tidur pada waktu malam.

Pilih waktu yang tepat- Jangan sesekali anda tidur siang dalam masa 3 jam daripada tidur anda yang sebelumnya. Ini adalah kerana ia akan mengganggu waktu tidur anda pada waktu malam. Waktu paling sesuai untuk anda tidur siang adalah antara pukul 1-3 petang.

Suhu- Ketika anda tidur, suhu badan akan menurun, jadi gunakan selimut untuk mendapatkan tidur yang selesa. Tetapi awas, pastikan anda tidak terlajak waktu tidur siang anda melebihi 90 minit.

Cahaya- Cahaya mampu untuk menghalang anda daripada tidur. Untuk mendapatkan tidur siang yang berkualiti, cuba elakkan daripada terkena cahaya.

Tempat yang sunyi- Tidur siang adalah untuk mengembalikan tenaga anda semula. Pastikan anda tidur di tempat yang tenang untuk mengelakkan gangguan ketika proses pemulihan tenaga.

Tidur dalam keadaan yang rileks- Kebiasaannya orang yang tidur siang lebih tidak teratur berbanding tidur pada waktu malam. Tetapi, untuk mendapatkan kelebihan yang secukupnya ketika anda tidur siang, anda perlu untuk mengaturkan tidur anda sama seperti tidur malam. Sebelum anda tidur siang, pastikan anda sudah rilekskan badan-badan dan otot-otot anda untuk berehat.

Tetapkan penjadulan tidur siang- Untuk mendapatkan tidur siang yang berkualiti juga perlukan penjadualan yang baik. Ia tidak seharusnya mengikut keadaan. Tetapi ia adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan disebabkan faktor tugasan lain atau sebagainya.


Kesimpulannya, tidur siang dan tidur malam adalah perkara yang sama. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah faktor masa. Tidur malam seharusnya lebih panjang berbanding tidur siang. Pastikan tidur siang anda tidak melebihi daripada 90 minit!!

No comments: