Thursday, December 29, 2011

BBQ dan Steamboat

BBQ dan Steamboat.. 
Combination yang sangat best.. Tapi... Untuk mencari tempat yang best susah la jugak.. 

Tempat yang I dan kawan kawan selalu pergi sekarang ni adalah Island BBQ Steamboat.. 

Kenapa ek??

Dekat... 
tu jelah main point dia.. Tapi Kelip Kelip pun dekat jugak.. Tapi I tak pernah pergi pun kat situ.. 

Cuma Jumaat lepas I dan kawan kawan makan I dah pergi ke Kafe D'Manggis.. Orang kata sedap sangat kat situ.. Lagipun dah kawan kawan pun banyak kali mengajak untuk mencuba di tempat lain selain Island BBQ Steamboat tu.. 


Okaylah.. Pergi je D' Manggis.. Siap buat reservation tu.. Maklumlah.. Sentiasa ramai orang. Susah pulak tu untuk dapatkan meja kalau nak walk in.. Tak nak ambik risiko, siang siang lagi dah buat reservation untuk malamnya.. 

Berusahalah I ni dari Sepang balik ke Shah Alam.. Semata mata nak ke Kafe D'Manggis.. Nak jugak rasa bila orang kata sedap.. 

gambar tak cantik sebab guna iPad je..

Bila tengah tengah makan, rasa tak sedap pun.. Bahan bahan yang di marinate tu tak sedap.. Masin la.. So, part BBQ kitorang malam tu failed.. Dengan perasaan taknak membazir RM20 yang perlu dibayar, I pun makan steamboat jela.. Daging daging BBQ pulak I makan dengan nasi goreng untuk mengurangkan rasa masin tu.. Dah la I tersangat sangat lapar.. Makanan masin pulak.. Memang mematikan selera I terus. 

Sambil sambil melihat mereka bertiga makan, mulut I dah bising bising kat diorang.. 

Kenapa orang ramai je datang? 
Island BBQ Steamboat lagi best..I taknak dahla datang sini.. Dahla jauh.. Tak sedap pulak tu.. Tempat nak membakar je besar kalau nak bandingkan dengan Island BBQ Steamboat. Makanan pun sedap lagi kat sana..

Diorang bertiga tu tak marah dengan mulut I yang bising bising tapi mengiakan je apa yang I cakap..

Lepas ni, I dah tak nak makan kat D'Manggis.. I nak makan kat Island BBQ Steamboat je.. Tempat best cantik dan sedap! Walaupun baru dibuka, tapi best lah.. 

gambar hiasan - dinner BPKC

2 comments:

CikAnyss' :O said...

342 anys follow sini . jom g blog anys kejap http://blurrr4evablurr.blogspot.com/

Miss Anisah said...

Tq follow sini....