Tuesday, December 27, 2011

Durian Trip - Projek Cuti Hari Natal


Dah lama pulak tak menunggang motor.. Kat rumah baba ngan mama bole.. Diorang tak marah pun.. Lagi suruh ada la.. Best! Ahad lepas, tak tahu apa nak buat.. Jadi, kami plan lah menziarah DArul Hikmah lagi.. Dulu dah pernah datang buat aktiviti kat sini.. Tetapi tak pernah bermimpi untuk datang lagi. Sesuatu yang tak disangka.. Silaturrahim dan keakraban terjalin dengan pemilik Darul Hikmah. Rumah anak anak yatim dan miskin yang terletak di Gopeng ni menjadi satu tempat untuk melepak dihujung minggu.. Andai kata anda teringin juga melihat kehidupan anak anak di sini, mama baba sangat mengalu alukan kedatangan korang.. Jika ada rezeki yang lebih, boleh jugak kalau nak menyumbang kepada mereka.. Tak perlu banyak.. Cukup sekadar membeli sebiji bola kalau tiada duit yang beribu ribu.. Anak anak di sini sangat menghargai jika anda menyumbangkan bola sepak. Kerana diorang sangat suka bermain bola! lagipun, mama cakap, kalau tak benarkan mereka bermain di padang bola, nanti diorang berperang didalam bilik.. Haih.. Anak anak..



Sekarang ni, masih lagi musim durian.. Memang happy la kitorang. Dah memaksa Acap panjat pokok rambutan. Pergi ke rumah kawan mama mengait buh pulasan, memang suatu yang mengembirakan la buat Paan. Orang Shah Alam yang tak pernah ada kampung. Kami yang lain dari kampung. Takde lah teruja sangat. Cuma dapatlah melepaskan rindu untuk balik kampung. Hihihi.. Lagipun kat rumah I sendiri bukan musim buah lagi.. Sewaktu musim durian dulu, I tak boleh nak balik sebab kelas..


Ini adalah mama.. Puan Jamaliah namanya.. Tapi memang dipanggil mama ajelah.. Dia menyambut kami datang haritu pun dengan makanan yang sedap sedap.. Uwaaaa...Rindu dah tempoyak aritu. Nanti nak buat lah.. Yang paling penting, durian dari Gopeng ada lagi.. Nak pergi makan sekaranglah... Kejap lagi nak pergi kerja..Daaaaa...

3 comments:

ron said...

link blog ni dlm list 341-350
http://papankekunciku.blogspot.com/2011/12/teknik-600-blogwalking-secara-pantas.html

Haw said...

salam kenal

Miss Anisah said...

Salam kenal....