Sunday, December 04, 2011

Pramugari dan Cikgu..


Pramugari...
Dan juga pramugara. Atau lebih tepat lagi adalah 'cabin crew'. Satu ketika dahulu, minda ini pernah diracuni dengan keburukan kerja seorang pramugari.. Sewaktu itu di sekolah. Di dalam kelas. Sewaktu di sekolah menengah.. 

Masih ingat dan terngiang ngiang bagaimana persepsi cikgu yang disayangi memandang rendah dengan kerjaya 'cabin crew'. Ketika itu, sewaktu di Tingkatan Empat. Cikgu yang disayangi memperlekehkan kerjaya seorang pramugari. Katanya, kerja sekadar menghidangkan teh atau kopi.. Bertanya penumpang inginkan jus apa untuk diminum.. Kemudian, mendapat jumlah gaji yang besar. 

Ketika itu cikgu mempersoalkan apakah bezanya kerja seorang pramugari dengan pelayan restoran. Tak ada beza.. Sekadar bertanya pelanggan apa menu yang dikehendaki. Cikgu tetap ingin memperlekehkan pramugari. Sehingga kini, masih lagi teringat kata kata cikgu dan kadang kadang berfikir. Kenapa ketika itu dia ingin memburukkan kerjaya pramugari. Adakah cemburu dengan pramugari yang selalu terbang ke merata tempat. Singgah ke negara negara yang menarik. Yang sukar bagi orang lain untuk sampai kerana kos yang tinggi?

Tak Faham..

Setelah kini aku dewasa, serta mengerti setiap tugas pramugari dan cikgu.. Kini aku ingin membetulkan persepsi cikgu tentang tugas seorang 'cabin crew'. Mereka bukan sekadar menghidangkan makanan kepada penumpang di dalam kapal terbang. Mereka tidak seperti pelayan di kedai makan. Tetapi banyak lagi kerja lain yang mereka perlu buat disepanjang perjalanan. Realiti pada mata kasar, memanglah menghidangkan makanan. Kebajikan, keselesaan dan ragam penumpang juga perlu diuruskan oleh 'cabin crew'. Apa jua kecemasan di dalam penerbangan, mereka juga perlu selesaikan.

Apapun kerja setiap orang lakukan, selagi ia rezeki yang halal, tak perlulah kita memperlekehkan dan mempersendakan mereka. Setiap kerja dan kerjaya itu sebenarnya mempunyai kelebihan masing masing. Apa yang penting, apabila kita melakukan kerja, keihklasan itu perlu ada bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan itu berakhir dengan baik. 


1 comment:

da said...

rasanya aku tau cikgu mane yg ckp 2 coz aku pun ingat lg kata2 dia 2... huhuuhu