Monday, February 27, 2012

Lipbalm ke Lipstick? Eh! Warna dia jugak..

I bukan orang yang suka pakai lipstick.. Kalau keluar gi kerja ke jalan jalan, cukup dengan pakai lipbalm dengan lipsgloss je.. Tu pun kalau pakai la.. Pilihan I, Mentholatum.. Pernah try brand lain, tapi tak suka pulak.. Lagipun I ni suka setia pada yang satu aje.. Itu yang buat I kekal dengan Mentholatum..

Seeloknya bibir kita perlu sentiasa memakai lipbalm.. Untuk mengelakkan kering, pecah dan seterusnya sakit lah.. Kalai I sehari tak memakai lipbalm tu dah cukup untuk membuatkan dia kering dan tak selesa.. Silap2 pecah dan berdarah terus.huhuhu..

Kalau silap memilih lipstick pun sama.. Itu la akibat yang boleh belaku kat I.. So, kita perlu tahu bagaimana cara untuk memilih lipstick yang betul bagi tak memudaratkan bibir kita yang kita sayang kan... Yang paling penting, pastikan lipstick yang dipilih tu ade SPF.. Apa tu SPF tu?? Owh... Sun Protection Factor.. Ini penting bila kita nak keluar rumah dan berdepan dengan cahaya matahari supaya bibir kita sentiasa lembap lembut dan catik! Yeke cantik? Hohoho....

 Kemudian, warna jugak.. Jangan sesekali salah memilih warna lipstick. Dalam pemilihan warna lipstick kita bukan sahaja pilih warna berdasarkan kulit kita.. Bentuk dan garis bibir pun memainkan peranan penting dalam pemilihan warna lipstick tau..

 Bagi mereka yang mempunyai bibir yang bergaris lembut dengan bentuk mendatar, lipstick yang berkilat dengan warna merah, pink atau purple adalah sesuai.. Tapi kalau nak cuba warna lain tu boleh jer.. Tapi tengok dulu yer sesuai ke tak.. Kang jadi alien kang susah pulak.. Menarik perhatian orang pulak kang... 

Satu lagi, untuk golongan yang mempunyai bibir bergaris keras dengan bentuk cembung, lipstick berwarna coklat seperti merah muda coklat atau krim adalah sesuai.. Tapi, pastikan jenis lipstick yang dipilih tu adalah krim atau matte yer... Baru nampak comey je dengan kita nanti... Ok lah..

Cukuplah sesi merepek tentang kecantikan ni.. I pun bukan selalu pakai lipstick pun.. Hohoho....

5 comments:

fieda said...

uii..macam kt kelas kecantikan plk rasa..hehehe..saya pun suka pakai lipgloss jer skrg..

Miss Anisah said...

Hehehe... Tergediks nak buat kelas kecantikan lak arini...

Elie Lily said...

pakai butter or madu boleh buat bibir jadi cantik.. :)

Miss Anisah said...

Betul...lagi natural....senang pulak tu..

Anonymous said...

If you desire to obtain a great deal from this article then you have to apply these strategies to your
won website.
Here is my website know memes