Monday, March 12, 2012

Bergegas Ke Felda Neram 1 Kerana Kamu..

Lepas selesai majlis Farha, balik pun dah lewat.. Lebih kurang pukul 1 pagi sampai ke rumah.. Kemudian pepagi  Sabtu lagi dah kena berkemas untuk balik kampung untuk menghadiri majlis Ain pulak.. Dia la bestfriend masa zaman sekolah dulu.. Tapi takde la lama sangat tak jumpa.. Majlis I haritu dia datang..

Cuma weekend lepas complete set event kahwin yang I pergi.. Jumaat majlis tunang.. Sabtu majlis nikah.. Ahad, majlis resepsi.. Tapi orang berbeza la yang bertunang dan bernikah.. Dah la fail jugak I ni.. Sengal pun ya jugak.. Boleh pulak bawak balik sepasang baju je untuk pergi kenduri.. Mana baju untuk majlis nikah.. mana pulak baju untuk majlis resepsi.. Doink! (ketuk kepala sendiri)

Masa majlis nikah tu, plan asal nak pakai jubah.. Tapi disebabkan kesengalan sendiri.. Pakai la baju hijau ni.. Sepatutnya dipakai masa resepsi.. Konon konon pakai lagi sekali esok la.. Takde orang perasan kot.. Lah pulak kan... 

perempuan gediks.. 

Untuk ke majlis nikah tu, I cuba untuk mengajak reramai kawan tapi takde pulak mereka kan.. So pergi bertiga dengan Jue dan Imah jela.. Boleh la.. Janji ada teman.. Tapi gila kitorang tak sesudah la.. Sampai sampai majlis nikah belum start lagi.. Kitorang kerjakan pelamin dulu nak bergambar.. Pantang nampak benda cantik.. Mesti nak menggediks! hihihi...

Imah ni memang lama sangat tak jumpa..

full pelamin + Jue
Tapi dengan pengantin pun sama naik je perangai.. Gila gambar.. Awas ye kanak kanak, jangan tiru kami.. Tak bagus untuk perkembangan minda yer.. Apa apapun tahniah diucapkan buat Ain dan suami.. Sape nama.. Azizi? semoga bahagia bersama hingga akhir hayat yer.. 





Sekeping gambar di majlis resepsi..


Tak boleh tunjuk banyak banyak.. Pakai baju mak..Besar gedompol.. Siap letak safety pin lagi kt kain..huhu

8 comments:

Meet Uncle Haire said...

cantik gila pelamin...serious nice

Miss Anisah said...

yup.. memang cantik.. tp tuan dia still tak puas hati?

Nurul I. said...

pic yang bawah sekali tu comel je pakai baju mak.. huu~

Miss Anisah said...

Weee..... Haip!!!
Yg tu special kes..

Cik Rose Cute said...

cantiknya pelamin...Baru semalam lalu situ hihihi follow sini...

Miss Anisah said...

Tq follow blog ni.. Rajin rajin la singgah...

MOHD FAHIMI said...

i pon nk like pic bwh skali lh. :P
next ur turn plak kawin.. wah...

Miss Anisah said...

U like pic bwh skali sbb ade muka u kan? Nanti 27 may jgn lupe yer...