Monday, March 12, 2012

Tunang Tunang Cik Housemate, Housemate Lagi Satu Bila Lagi?


Jumaat lepas bertempat di Felda Villa D'Saji dah berlangsung majlis pertunangan Cik Housemate.. Mula mula I nak balik kampung hari Jumaat tu.. Tapi postpone jadi Sabtu jela.. Majlis insan penting dalam hidup ni..


Tapi ada pulak halangan rintangan sebelum sampai ke sana.. Mula mula Cik Asna a.k.a. housemate lagi satu balik kerja punya la lambat.. Pukul 6.30 petang ko! Semua salah Azliq! Jalan jalan nak menghala ke Kuala Lumpur dah jammed.. Risau tak sudah memandangkan takut untuk sampai lambat.. Nanti apa kata Farha.. Apa jugak kata uncle dan auntie, housemate anak diorang tak muncul muncul.. huhuhu.. Dengan menggelabah pukul 8 malam masih di Kota Damansara, berusaha jugak lah nak sampai 8.30 malam.. Alhamdulillah.. Sampai jugak 8.29 malam. Okay la.. Park je kat parking VIP memandangkan kitorang memang perasan VIP pun..



Tahniah Cik Housemate a.k.a Farha.. Semoga kalian akan bahagia bersama hingga ke hujung nyawa .. Gambar gambar ni yang I nak siarkan ihsan dari Mama Nisa memandangkan kamera sendiri tak sempat nak keluarkan akibat kelam kabut membantu untuk melancarkan majlis malam tu.. 


Ini sebahagian daripada kawan kawan yang datang malam tu.. Orang lain ramai yang dah balik kampung..


Nanti I buat entry tentang hantaran pulak.. Hasil kerja Chermin Arts dan auntie Farha.. Gambar makanan malam tu takde yer.. Tak sempat nak snap.. Lapar.. 




p/s: Gambar orang lain tunang pandai publish, gambar sendiri sampai sudah tak tunjuk..