Thursday, May 17, 2012

Di Sebalik Hari Guru, Boleh Awak Jadi Pengawas?

Tiba tiba, teringat dizaman awal aal sekolah menengah dulu.. Form 1, Form 2... Masa tu baru nak naik.. Baru nak remaja pulak tu.. Masih takde identiti sendiri dan terpengaruh dengan kawna kawan.. Cuma masa tu duduk di kelas No.1.. Nasalah sosial ke gejala tak baik ke tak terjebak la.. Kelas pun jauh daripada kelas budak budak nakal..
Tapi, group tu tetap ada la.. Group pulak dikategori group perempuan cantik dan bijak.. So secara tak langsung bermusuh la jugak dengan group lain.. Hahahaha.... Biasa lah... Sekolah harian.. Takde group dan takde pengaruh, tak sah... Yang membuatkan lagi group perempuan perempuan lain menyampah bila, group kitorang ni dijaga oleh abang abang senior.. Sesiapa pun tak berani nak kacau.. Dah la abang abang senior Form 5 ni hensem.. Bertambah tambah la group perempuan lain menyampah.. GROUP ADIK ADIK CANTIK DIJAGA OLEH ABANG ABANG HENSEM.. WHATEVER......
Masa tu, hari hari ada abang abang datang... "dik, kalau ada orang kacau, inform abang yer..abang boleh settlekan"... Pergh.... Gentleman tu.. Ni semua sebab Anisah ni adik Arwah Latif... Diorang ni memang sangat nak menjaga adik Arwah Latif masa kat sekolah tu dulu.. Arwah abang I tu dulu disegani ke? Ke berpengaruh? Ke apa? Errr... Tak tahu....
Disebalik ramai abang abang nak jaga tu, ada lak masalah lain.. Seorang cikgu perempuan tu memang menyampah giler dengan Anisah! Dia tu pernah mengajar Geografi kelas I sekejap.. Sekejap jela.. Cara dia mengajar tu pun macam tak ikhlas.. Tapi memang dia suka cari salah I la.. I memang tak faham kenapa... I bercakap sepatah dengan kawan sebelah pun kena berdiri.. Orang lain tidur dia tak pernah kisah pulak.. Serius tak faham apa masalah dia.. Nak kata masalah andartu, dia dah kawin.. Nak kata stress takde anak, anak pun berderet... Ke laki dia selalu usha I? Hahaha... ANISAH PERASAN!
Tapi cikgu tu memang bermasalah.. I datang aktiviti koko kat sekolah pun dia nak cari pasal dengan I.. Brooch kat tudung pun dia nak bising.. "Kenapa awak pakai kerongsang macam ni pergi sekolah? Awak nak melawa ke awak nak belajar?" Student lain yang pakai tudung berselempang bagai, mata melentik, perfume wangi sebatu, bedak kompak bertempek kat muka, tak pulak dia tegur.. Nak jugak tegur orang yang berpakaian ala ala innocent ni lah jugak dengan brooch seketul kecik cinonet dipin dihujung bawah tudung.. Cuma dia agak mahal sebab dari brand AVON. Orang lain maybe beli kat Mydin.. Kot! Makin hari, makin tak faham dengan perangai cikgu tu.. Bila I dah tak hiraukan dia, nak lagi dia cari I.. Terjumpa kat koridor masa rehat pun sanggup tarik I ke bilik guru.. Pastu cari salah I yang tak seberapa.. Kuku panjang pun dijadikan isu.. Salah budak bertudung singkat, berkain labuh, tak pulak dia nak kesah..
Itulah kisah cikgu perempuan tu sewaktu I Form 1.. Bila Form 2, I dilantik menjadi pengawas.. Berhenti lah dia dari mengacau hidup I... Terus tak tegur dan tak peduli apa yang I buat.. Aman dan damai rasa di hati..
Tiba tiba...
Jun 2002 muncul... Sekolah yang lebih dekat dengan rumah dah dibuka... Cikgu tu pun turut berpindah jugak ke sekolah baru.. Timbul la semula conflict antara ANISAH DAN CIKGU PEREMPUAN tersebut... Kalau diikutkan, bila ke sekolah baru, semuanya kena baru la.. Kalau di sekolah lama dulu Anisah jadi pengawas sekolah, di sekolah baru sepatutnya akan ada pelantikan baru la..
Bagi kami student yang asalnya pengawas di sekolah lama, takde uniform standard sekolah menengah untuk dipakai di sekolah baru.. Terus jela memakai baju biru pengawas dengan kebenaran Tuan Pemangku Pengetua... Dengan janji dari beliau kami akan terus dilantik sebagai pengawas di sekolah baru ni dan uniform akan di sponsor oleh pihak sekolah.. Tak perlu lah beli baju putih uniform standard sekolah menengah tu..
Tiba tiba, pada suatu hari, Si Cikgu Perempuan Bermasalah ni panggil I sewaktu I ke bilik guru untuk menghantar buku latihan ke meja cikgu lain..
"awak! Mari sini.. Apa nama entah.. Kenapa awak pakai baju pengawas sekolah lama ni? Kenapa tak pakai baju uniform biasa? Kenapa pakai baju pengawas? Awak confirm ke awak akan jadi pengawas kat sekolah ni? Ada cikgu nak lantik awak ke? Esok saya nak tengok awak pakai baju uniform biasa dan berkasut putih!"
Erm... I memang takde peluang nak menjawab langsung dan diam je memandangkan hati ni dah meluat dengan cikgu tu dari Form 1.. Dengan perasaan I yang tak puas hati ni, dari bilik guru, terus I pergi ke pejabat Tuan Pemangku Pengetua.. Geram sangat.. Terus pergi mengadu dengan Pemangku Pengetua apa yang cikgu perempuan tadi cakap...
Serta merta jugak adanya perjumpaan tergempar antara pengawas sekolah dan cikgu yang terlibat.. Kesimpulannya, I tetap menjadi pengawas sekolah lagi... Cikgu perempuan tu.... bengang ke dia? Entah... Yang penting, bila dia jumpa I, dia cakap, "boleh jugak eh awak jadi pengawas lagi? Ingatkan tak layak..."
LOL~
Apa pun berlaku, SELAMAT HARI GURU CIKGU.....

3 comments:

Hapiz Mutalib said...

i rase i kenal kot cikgu perempuan itteww.hahaha. really meh?

da said...

GEOGRAFI?? cikgu 2 ek.. ko kn ank ksayangan dia.. hihi

Miss Anisah said...

Nak mention kat sini... Dia bukan cikgu Fauziah kesayangan i okay!!!!!