Tuesday, May 22, 2012

Songket Terengganu

Nak menyediakan hantaran untuk pihak lelaki ni, pening lah jugak.. Lagi pening kalau tak ada masa untuk mencari sendiri.. Terpaksa la menyusahkan orang.. Orang yang dimaksudkan ialah Mak Teh.. Nak buat macam mana.. Dah takde masa nak balik ke Kuala Terengganu.. Walhal, memang memberontak nak balik sana.. Nak makan makan!

Semalam, Cik Housemate tegur.. 'Anisah, ko diet lagi ke? makin kurus!' Kurus ker? Macam makin gemuk je rasa.. Walaupun perasan jugak la berat turun.. Tapi shape macam tak je.. Erk! Tambah lagi bila bekerja kat Subang.. Geng makan makin kerap berkumpul.. En. Hubby je mencatu makanan I.. Hohoho...

Dalam misi membeli Songket, iaitu sampin, kalau diikutkan hati nak memilih sendiri.. Tak puas hati kalau suruh orang lain. Tapi, apakan daya.. Memang itu takdir kita.. Terpaksa la.. Bila terpaksa tu, perasaan kesian, rasa bersalah menyusahkan orang tu wujud la..

Dalam sesi membeli tu, my cousin terpaksa ambil gambar, suruh I pilih.. Itulah yang duk berlaku di Pasar Payang sepanjang pagi..  Hasil dia, macam macam gambar la yang I dapat.





Dah banyak banyak gambar dan design cousin I hantar, mulalah rambang mata.. Akhirnya pertembungan 2 pendapat mula berlaku..

Anisah : Saya nak yang simple, cantik, mahal, tak crowded!


Tuan Kedai : Tapi yang cik pilih ni orang tak buat sebagai hantaran.. Simple sangat. Tak sesuai.. Yang saya suggest ni better.. 


Anisah : Tapi saya tak suka.. Saya tak rasa cantik.. Ok! Muktamad.. Saya nak yang saya pilih ni jugak.. Tak kira.. 


Orang lain, OK....

Phone conversation saje...

Sebenarnya dalam hati I, bersalahnya menyusahkan Mak Teh. Berjalan kat pasar tu dari satu kedai ke satu kedai.. Mencari songket.. Keputusannya, I ambik je yang I suka instead of mencari kriteria tadi..



Empat helai kat atas ni dah buat I stress untuk meneruskan pencarian songket untuk En. Hubby.. Sorry lah.. Kalau tak berkenan, nanti kita pergi beli sendiri yang lain.. Pasar Payang tu febret place I bershopping.. So En. Hubby, jangan malas malas untuk ke Pasar Payang yer...Hehehehe

No comments: