Monday, May 21, 2012

Subway Untuk Menaikkan Semangat Nisa!

Sebenarnya dari minggu lepas kawan kawan I ajak makan Subway.. Tapi tak pergi pun.. Pergi makan dengan En. Hubby lagi best. Tapi hari ni, diorang nak jugak.. Siap plan awal awal lagi, hari Isnin nak lunch kat Subway.. Layan je..

Tiba tiba Nisa dapat tahu.. Nak ikut la dia bila tahu nak lunch kat Subway.. Tapi sebelum lunch tu, dia dapat email. Esok kena oral assessment dengan QAE! Takde angin, takde berita, tiba tiba dapat tarikh.. Orang lain ada jugak masa untuk buat persediaan mental dan fizikal.. Takpe la Nisa.. Segalanya bergantung kepada rezeki..

Bila dah dapat berita macam tu, menangis la Nisa.. Terkejut.. TAK SANGKA! Susah pulak nak tenangkan dia.. Orang mengandung.. Perasaan, emosi pun cepat la berubah.. Dah satu hal lambat nak keluar lunch.. Kesian kat Acap.. Hohohoho..

Bila dah makan makan, borak borak, dapatkan aiskrim McD.. Ok la dia..





Dari atas, gambar Mama Nisa baru lepas nangis, Acap lak yang lapar, dengan Paan yang tak clear.. Last, gambar sandwich yang kami makan..

Anyway Nisa,
I wish you all the best.. Aku tahu kamu boleh melakukan yang terbaik.. Rezeki kita tak tahu.. Jangan kelam kabut dan menggelabah nak menjawab.. Aku doakan kamu lulus esok dan menjadi engineer.. Ameen...

1 comment:

Murni Ellyfiesya said...

Wish u all d best Nisah! (macamlaa Nisah bace kn)~ hehe..