Friday, June 22, 2012

Berakhirnya riwayat Sebiji DELL

Balik dari majlis nikah Mr. PA, I begitu ghairah nak update blog. Sekali nak on laptop, uwaaaaaaaa....=( rosak ke? Screen dia dah takde kuar pape.. Huhuhu... Honestly I tak gemar sangat menggunakan MacBook Pro En. Hubby.

Satu, MacBook dia baru. Takut la nak guna barang orang.

Dua, dia selalu nak guna. Nak buat kerja. Mana boleh guna Macbook dia sekejap sekejap untuk update blog. Blogging memerlukan masa untuk mengeluarkan idea dan blogwalking kat blog korang. Nanti tengah idea duk membuak buak, dia pulak sibuk duk baca, reply email bos, customer, etc~

Tiga, kita selesa menggunakan laptop kita sendiri! Sebab tak risau orang tertunggu tunggu nak guna laptop dia..

Kecewa, sedih dan rasa nak nangis jugak. Tapi depan En. Hubby taknak lak tunjuk semua tu. Dah memang I sendiri bagi izin kat anak anak dia untuk guna laptop I. Pasrah...

Sedang otak berfikir fikir nak menggantikan laptop baru, sama ada beli Macbook Air, netbook dari mane2 brand yang berkenan atau tak beli pape, En. Hubby dah bersuara terlebih dahulu. Sayang, U beli la DELL baru. Senang I nak baca iPromise. Senang jugak nanti nak berurusan dengan Boeing. Diorang tu Window friendly. Tak berapa nak kawan dengan Mac.

Heeee.... En. Hubby berkata sebegitu petang semalam? Petang semalam jugak I beli DELL baru. Tapi pilih yang biasa biasa jela. Tak nak beli yang mahal sangat. Cuma nak guna kat rumah je. Kat luar, still dan akan menggunakan khidmat iPad. So sekarang, sedang menggunakan iPad jela untuk kerja seharian dan tak sabar jugak menunggu laptop DELL baru sayerrrr....

Thank you En. Hubby! Dan I memang berpuas hati dengan DELL yang lama tu. Lebih 6 tahun kami bersama..

4 comments:

Asyiqin Haulisah said...

boleh lah selalu update blog ni nampaknya.

Miss Anisah said...

Tp anisah update blog ikut mood..huhuhu

Tulip Merah said...

DELL paling best kan kak???=) i loikee

MOHD FAHIMI said...

so sweet...