Monday, June 25, 2012

Cameron Highland yang Tak Seperti Dulu


Jumaat dan Sabtu lepas sempat la I dan En. Hubby menghabiskan masa di Cameron Highland. Sengaja mengelak dari weekend sebab tak nak terjebak dengan kesesakan di puncak sana. Pergi lalu ikut Tapah balik pulak ikut Simpang Pulai. En. Hubb y yang decide begitu dan dia jugak yang mengeluh jalan Simpang Pulai tu jauh. Bagi I, jalan yang agak selamat itu I pilih. Layan jer.. Dia yang drive.


Sampai je Cameron Highland terus singgah di Cameron Valley. Saje je.. Minum minum teh dah ambil gambar sikit..


Cuma rasa boring sikit la. Of course tak sejuk macam sebelum ni. Tidur malam pun perlu bukak kipas kuat kuat sebab hotel kat sana mana ade aircond.. Dah la sampai untuk check in Equatorial buat hal sikit. Service lemau bukan main. Check in pukul 3.. Tapi pukul 4 petang baru dapat bilik. Reason, bilik belum ready due to house keeping.. Panas je rasa. Dah la call kami cakap kami belum check in then tak nak siapkan bilik. Since 2 petang kami check in siap charge to debit card lagi, boleh cakap kami tak check in. Apa punye system la diorang pakai..

So esoknya, pagi pagi lagi kami check out terus keluar jalan jalan dan decide balik terus. Serius I boring.. Tapi alang alang dah sampai sana, I pergi la jugak BOH Plantation dan petik strawberry kat S'Corner memandangkan takde tempat lain dah yang sesuai nak petik strawberry..






Dah berjaya petik strawberry sikit, tak sikit jugak.. Sekilo tu boleh la.. Campur beli yang dah ready kat kedai jugak. Alang alang petik mengada untuk bergambar jela katakan, then I beli la sedikit sayur sayuran untuk stok minggu ni.. Kami pun balik jela.. Malas nak lama lama kat sana dah. Sebab En. Hubby nak main bola! Sabo jelah.. 

Tapi kan, rasa rasanya, kalau orang ajak ke Cameron Highland lagi, macam dah tak nak pergi je.. Hohoho

4 comments:

babycomel said...

kita pun baru je pergi sana 2minggu lepas.. betulla, tak macam dlu.. tp kalau g weekend, mak ai jammed gila.. dr kea farm nak ke brinchang tu ambik masa sampai sejam setengah.. tak sanggup nak tahan

Miss Anisah said...

Tula... Kerajaan Pahang kena do something dah kot dekat Cameron tu.. Elak jam.. Kurangkan penarahan bukit..

Asyiqin Haulisah said...

nak stroberi kering tuh.sedap.

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.