Thursday, June 14, 2012

Persediaan Malam Pertama di Embun Seri Beauty & Spa Laman Seri



Semakin dekat dengan tarikh tersebut, semakin banyak persediaan nak kena buat.. Persediaan untuk para tetamu dah ada.. Persediaan untuk bakal suami pun, mesti la ada.. Takkan lah tak ada pulak..


Walaupun dah merayu rayu, first night kita tolonglah bukan kat Terengganu.. Tolonglah berlaku kat negeri lain.. I segan U! Hahahaha... U kena faham.. Please!!!!!


Cukuplah merepek.. Loya korang yang baca kan.... Berbalik kepada tajuk, persediaan malam pertama tu bukan subjek utama. Tapi pengalaman di spa tu nak dijadikan subjek utama dalam entri ni. Ini bukan la kali pertama ke spa. Cuma ke Embun Seri ni dikira first time la..


Bila di interview Dila, consultant kat situ.. Dari mana I dapat info tentang spa ni.. Sebenarnya, I cuma Google spa mana yang terdekat dan mudah untuk I pergi. Laman Seri la yang terdekat dan senang untuk I.. Maklumlah, lembap sikit bila masuk part Shah Alam ni. Padahal dah bertahun dah pusing Shah Alam.. Hihihi...


Kat spa ni, i dah menjalani Bridal Package.. Nak ambil mood seri pengantin la katakan.. Eeiii...uuuuu....... Gediks! Memandangkan ini adalah tajaan sepenuhnya daripada En. Hubby merangkap hadiah birthday tahun ni, I dah menggunakannya dengan pilihan yang bijak. Lalalala....


Sepanjang 5 jam setengah tu, mula mula I bersauna selama 20 minit.. Herbal Sauna.. Bau dia macam Clens Tea jek. Tapi kan, Ya ampuuuuunnnnn... Tak tahan nak tunggu habis. Panas sangat.. Dulu masa kat D'Rimba 3 kali seminggu bersauna. Ok jer... Haihhh....



Kemudian buat full body scrub. Diikuti dengan body massage. Yang ni paling best. Dapat urut satu badan tu.. Dah lama tak pergi body massage.. Dulu selalu buat kat S2 Slimming Kota Damansara sementara melayan kakak buat slimming treatment.. Body massage kat S2 memang superb! Tapi kat Embun Seri pun ok jugak. Sebab amik yang tradisional kan.. Diurut pulak dengan Minyak EmbunSeri Aromaterapi.. Lalok lalok je rasa masa kena urut tu..


Bila tiba part berendam mandi bunga terasa macam puteri pulak.. Ok la berangan.. Bayar mahal mahal tak salah la berangan. Kan? I mandi macam yang dalam gambar ni.. Best!


Second part, selepas manjakan badan, manjakan muka lak dengan Intensive Brightning Facial.. Macam macam jenis benda la disapu kat muka ni. Dila ada bagitau. Tapi tak layan sangat nama nama dia. Serah muka je kat dia. Yang I ingat vitamin C ada.. Hehehe.. Tak senonoh....



Sambil sambil buat facial tu, Dila buat manicure, pedicure jugak... Cantik kuku I ni you... Balik rumah boleh tampal inai terus.. I boleh tampal inai sesuka hati je. Takde majlis berinai pun.. Sempoi punya majlis..

Kemudian, settle dah treatment.. Best sangat rasanya dibelai belai kat spa.. Siap2 je, En. Hubby call tanya kat mana.. Spot check la tu.. Apa lagi, terus mintak dia belanja makan.. Padan muka dia takleh gi main bola..

Owh lupa, semua gambar kat sini I ambik dari Facebook Embun Seri. I tak sempat nak ambik gambar sendiri. Lain kali lah...




Nota kaki: Dah selamat berkahwin dah pun.... Nanti la pergi lagi untuk settlekan voucher yang diberi tu.. 








3 comments:

da said...

malam pertama.... malu i baca..

Miss Anisah said...

Ala u.....tutp mata u lah...

chronicles said...

Cik puan anisah berapa pakej kt spa ni?kalau boleh cerita detail tentang harga dgn servis yg ditawarkan pon ok jgk..hehehe