Tuesday, June 26, 2012

Sebulan Sudah Berlalu

Hari ini sebulan selepas 26 Mei 2012. Banyak perubahan. Banyak yang sudah dipelajari. Banyak perkara yang dah berubah.

Kehidupan sebagai seorang isteri yang bekerja. Perlu pandai membahagikan masa untuk suami, kerja dan kawan kawan.

Suami, mestilah dijaga sebaiknya. Tapi masih ada kelemahan jugak yang perlu diperbaiki. Cuma En. Hubby, saya nak berehat kat rumah la untuk sebelun berikutnya ni. Tak larat dah melakukan pelbagai aktiviti. Sejak sebulan sebelum majlis kahwin kita hingga minggu lepas, tak rasa lagi nikmatnya hujung minggu bersantai di rumah. Huhuhuhu...

Kerja, sudah tentu perlu ditunaikan. Walaupun hati ini memberontak untuk lepak bersantai di rumah setiap hari. Tiada apa perbezaan kerja dari sebelum ni. Tetap sama..

Kawan kawan, yang ni susah sikit. Perlu dikurangkan aktiviti bersama. Tapi macam mana? Terlalu banyak aktiviti menarik ni nak dijalankan bersama kawan kawan. En. Hubby , boleh eh? Sekali sekala jer... Hehehe... Please..... :-)

Apapun, setelah sebulan bergelar seorang isteri, kehidupan ni mendidik diri agak lebih banyak bersabar dan bertolak ansur dalam banyak perkara. InsyaAllah.. Semuanya akan terus indah dan ceria sentiasa.. Amin...

2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Semoga menjadi isteri yang solehah =)

HanisLazimAndTheShaklee said...

banyak tanggungjawab bila dah kawen:)