Thursday, July 12, 2012

Sutera Lagi


Kadang kadang teringin nak borong sutera banyak banyak. Tapi bila nak pakai eh.. Kalau kerja ofis, boleh jugak nak beli. Tapi kerja dengan memakai uniform hari hari terasa membazir lak kalau beli sutera. Kadang kadang je akan pakai. Masa raya.. Tak pun kenduri.. Hari hari lain? Erm...

Setiap kali balik ke kampung mesti pergi kedai beli sutera. Orang kirim. Maklumlah.. Sutera Terengganu terkenal dengan kualiti dan design yang menarik. Sekarang pulak, perempuan perempuan tengah gila dengan sutera yang berbatu batu.. Macam macam nama yang diorang letak. Rasa macam tak logik pun ada.

Tapi memang geram je nengok sutera kat kedai tu. Nak beli je semua. Tapi bila nak pakai? Huhuhu.. Serius, design sangat cantik. Kalau dulu cuma corak batik je yang banyak. Tapi sekarang corak corak abstract dah muncul dengan meriah. Itu yang buat I lagi geram tu. I suka corak abstract!

Last last, angkat jugak sepasang untuk raya ni. Material crepe yang senang diuruskan. Tak la bekedut seribu bila pakai. Tapi sekarang, harga mak aih. Semua mahal mahal jer. Maklumlah.. Berbatu batu.. Liplap liplap la katakan..

Haihhh... Tak sabar lak tunggu tailor siapkan baju kurung Pahang I..

No comments: