Thursday, July 26, 2012

2 Kali Mimpi Nasi Minyak

Apakah makna semua tu? Malam tadi tidur dalam keadaan penat. Kekurangan tenaga. Yelah.. Ramadhan yang sungguh menguji kekuatan mental dan fizikal.. Tapi tempuhi jelah dengan sabar.. Lebih lagi, PASRAH....

Tapikan dalam tidur tu bermimpi nak makan nasi minyak. Siap request nak kuah gulai ayam yang pekat sikit. Taknak yang cair cair sangat. Amboi....

Pagi tadi bila bangun bersahur, termenung jap memikirkan mimpi.. Mimpi ke? Ke bila yang aku mintak macam tu? Ermmmm... Confuse... Realiti ke? Mimpi ke?

Kemudian, pagi ni buat kerja kurang bagus sikit.. Tidur selepas subuh.. Yup... Tidur.. Kerja? Ponteng... MC lah... Dalam tidur tu, mimpi lagi. Yup... Nasi minyak lagi... Kenapa mimpi mintak nasi minyak? Rasa nak makan in reality ke? Tak de pulak rasa?

Ke memang betul betul nak makan ni? Pukul 8 pagi pun dah rasa kebulur.. Tu dah bersahur tu.. Haihhhh.... Next week mintak mak buat Nasi Minyak la untuk berbuka.. Huhu..

No comments: