Monday, July 23, 2012

Kesabaran hati juga ada tahapnya..

Disaat perasaan yang tonggang terbalik ni, diuji lagi dengan perangai perangai manusia yang pelbagai jenis. Bagaimana hati ini nak menahan dan melawan segalanya dengan iman? Kadangkala iman sering tercalar akibat perangai manusia.

Sudah lumrah hidup, setiap manusia ada sifat yang pelbagai. Mana mampu untuk melayan sifat dengki. Mana tahan untuk menutup mata dan telinga dengan si pendengki? Mungkin sehingga saat ini hati masih lagi boleh dibutakan dengan insan yang bergelar Sang Pendengki dan Sang Busuk Hati. Tetapi sampai bila?

Rasanya jalan terbaik, abaikan insan begitu dan lupakan mereka buat selamanya. Tidak rugi kehilangan orang berperangai busuk jika kita sentiasa mengejar kesabaran dan sentiasa bersikap positif.

Benar.... Ramadhan dan Syawal bulan kemaafan dan keampunan. Tetapi, kenapa perlu berperangai busuk jika aku tidak pernah menghiraukan dan mengganggu hidup kalian?

No comments: