Tuesday, July 10, 2012

Oppss! Terbuat Onar.

Huhuhu.. Firstly, jangan marah tau.. everything is okay now. I fixed it already. Tapi kelam kabut, kelibut, cuak, nak nanges jugak la. Bajet macam terer. Sekali buat silap daa.. Mana la tau, sebelum ni buat macam kacang je nak kupas kulit. Kali ni bersusah payah pulak. Ni semua sebab orang orang jahat kat atas dunia ni yang suka mencuri. Tau tak, nanti kat akhirat Allah akan soal.. Kenapa nak buat jugak? Dah rata rasa jiran I ni berbangsa Melayu.. Tak takut ke nak menjawab di Padang Masyar nanti?  Kereta besar.. Rumah sama besar.. Tapi kerja mencuri..

Huhhh... Nak menaip pun terasa macam penat. Beberapa jam bekerja untuk menyelesaikan kesilapan. Nasib baik En. Hubby terus pergi main bola petang ni. Kalau balik rumah dulu confirm dah kantoi ngan dia. Obvious la tak kena marah. Cuma kena bantai gelak tu for sure la rasanya.. Bajet terer.. Huhuhu*blushing*

Eh.. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Macam ni kisahnya.. Semalam, tiba tiba terperasan Dlink Router untuk unifi tu sedang bekerja keras mengelip ngelipkan lampunya sewaktu balik rumah waktu lunch. Hairan la.. Macam ada orang guna. Walhal, semua laptop is OFF. TV pun OFF. Ayat senang dia, takde sesiapa dalam rumah ni yang sedang menggunakan internet lah. Hari ni, akibat tak sihat pada mulanya, selepas meeting tadi terus balik rumah. Nampak benda sama lagi yang berlaku. Ini tak boleh dibiarkan ni.. Kena bertindak!

Unfortunately, En. Hubby dah hilangkan semua password, detail tentang unifi dia. Biasalah.. En. Hubby.. Tak boleh nak cakap lebih dah. Apa yang dia rasa tak penting, mana nak disimpan. Dah bersusah payah nak call Unifi. Tapi best.. Dia panggil Miss Anisah in stead of 'puan' even I cakap I ni wife kepada En. Hubby. Lalalalala... Bila dah tukar menukar password tu, DOINK! silap buat pulak.. ter'reset' internet punya password. Bukannya wifi.. 

WHAT SHOULD I DO!!! 
about 15 minutes jugak pening gitu je.. Nervous tu mesti la. Kang En. Hubby balik, still tak boleh guna. Mati la.. Dah la En. Hubby sangat memerlukan internet bila kapal dia sudah berlabuh di dalam hangar. Google.. Google..Google.. I  berjaya! Tapi bila dah siap, dapat local connection je.. Aduh.. Apa lagi ni.. Huhuhu... 

Akhirnya, pasrah jugak.. Call Unifi lagi sekali. Cik Unifi guide jelah.. Sekarang dah settle.. Yang penting sebelum En. Hubby balik.. Tapi yang lagi penting, sebelum Dejavu Di Kinabalu start. Yea!!

Jom tengok Ammar dan Nadira jom!





p/s: Entry pertama diterbitkan menggunakan laptop baru I. Baru berkesempatan... Sob.. Sob.. Sob..

1 comment:

Anisa Hang Tuah said...

wah wahh syoknya laptop baru