Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Sekejap je masa berlalu.. Rasa baru je lagi habis puasa tahun lepas. Esok dah nak berpuasa lagi. Tapi kita patut rasa seronok. Banyak amalan yang kita boleh buat dalam bulan puasa ni.

Tapi... Rasanya lagi ramai yang tak sabar tunggu Ramadhan sebab nak pergi Bazar Ramadhan.. Masa ni la nak cari kuih muih yang jarang jumpa, makanan yang sedap sedap... En. Hubby pun dah siap cakap, kita nanti pergi beli kat PARAM kat Stadium Shah Alam eh.. Banyak makanan best kat sana.. Aduh... Sediakan duit jela kalau macam ni..

Tapi macam berfikir, dah ready ke mental fizikal nak puasa ni? Harap harap kuatlah semangat untuk habiskan puasa 30 hari tahun ni. Jangan ada masalah yang timbul.. Insyaallah...

Buat semua, selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita semua tidak mensia siakan Ramadhan yang datang tahun ini.. Penuhi dengan amalan dan kemerkatan...

1 comment:

Ixbarr Abdullah said...

selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa jika mampu...hehe