Monday, July 16, 2012

Secret Louisiana Restaurant - Last Gathering Before Ramadhan











Satu meja panjang telah ditempah terlebih dahulu dengan request 'lake view'. Dengan I sendiri menetapkan tarikh hari ini untuk makan makan. Itupun selepas men'survey' beberapa flight schedule cik cik Flight Attendant dan kawan kawan yang bekerja shift. Dan mintak maaf lah kat sorang tu yang tengah fly ke mane entah sampai tak dapat nak join. Sape suruh jadi steward. Hihihi.. 

terima kasih yang bergunung gunung kat cik gunung yang bersusah payah buat booking terlebih dahulu. Dan terima kasih jugak kepada kawan kawan yang sudi memeriahkan gathering hari ini. Walaupun ramai yang tak datang, tapi setengah kerat yang ada pun dah cukup menghuru harakan segala pelayan di restoran tersebut. 22 orang dengan sekurang kurangnya 2 pinggan seorang dan ramai je yang lebih daripada itu! 

Dasyatnya korang boleh makan spaghetti berpinggan pinggan.. Tapi memang sedap dan berbaloi baloi.. RM17.80 nett per person and eat all you can. Dengan 7 menu spaghetti yang sedap sedap rasa macam nak lagi! Dan tadi rasa macam I makan semua yang ada dan semua sedap! sampai ada orang makan Pesto 2 pinggan.. Erk! sape tu?? No name mention.. Lalalala.. 

Tapi rasa macam tak sabar nak tunggu next gathering la pulak.. Ayyook!!










Nota kaki:
Kepada sesiapa yang meragui status halal restaurant ini, jangan risau.. Just datang dan mintak SIJIL HALAL tersebut dari owner dia. Dia akan tunjukkan. Memang HALAL dan tak meragukan.. :-)

3 comments:

Liza Razak said...

bestnye !!

TheLolicious said...

Best! Pergi la makan.. Harga plus tax RM 17.80...

Anonymous said...

salam,
dalam direktori jakim, xde restoran ni..=)
sekadar bgtau..