Friday, July 27, 2012

Tazkirah 7 Ramadhan 1433H

Tazkirah Pagi Jumaat 7 Ramadhan 1433h~

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1.Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4.Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5.Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Imam al-Ghazali menyarankan perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

*Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
*Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
*Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

2 comments: