Wednesday, August 15, 2012

14 Ogos? Macam Macam Ada..

semalam I dan En. Hubby cuti bertujuan untuk pergi buat medical check up. For the first time i pergi buat buku kat klinik kerajaan dulu la. Senang.. I tak nak kena bebel ke apa in future kalau tetiba nak refer government. I bukan seorang yang penyabar. So better buat dulu daripada susah kemudian hari.

Even kami memang tak plan untuk deliver kat government hospital, tapi mana tau tiba tiba sesuatu tak dijangka tengah travel ke, balik kampung ke sakit kat mana mana, senang la nak refer.

Nak dijadikan cerita, selepas jumpa nurse sambil tunggu turn nak jumpa doktor ni, kami terhidu bau asap. I cakap kat En. Hubby. "ni bau nak suruh i muntah ni. I memang tak boleh bau asap".

Tiba tiba bila I bangun pandang belakang, satu klinik tu dah kelam dengan asap.. OMG! FIRE!!! I dan En. Hubby masa tu memang kat depan pintu belakang, apa lagi, cabut la... Lepak kat depan apartment staff tu. staff klinik pulak sibuk cari mana punca asap tu datang.. Tunggu punya tunggu, takde pun fire.. FIRE ALARM pulak lambat.. Semua orang dah keluar baru la berbunyi.. Apodah!

Tapi sampai sudah takde pun api yang muncul. Dan asap yang kelam kat dalam bangunan tu hilang. Tapi kena la tunggu Bomba jugak datang.. Bersidai lah semua orang sakit kat car park.. Kesiannye... Dah la orang sakit.. Panik pulak kejap dengan kewujudan asap tu.

Sambil tunggu Bomba duk siasat tu I dapat satu berita yang sangat sangat Best! My SIL dah bersalin baby girl awal pagi semalam. Yup! Baby GIRL! Alhamdulillah.. Finally.. Kehadiran yang ditunggu tunggu dalam family I.. GEGIRL!

Actually, dalam family I, bila keluar baby boy, nobody excited. Boy? Ok.. Boy lagi.. Bape ramai boy da.. Bila Girl je semua macam nak melompat. Macam Special Edition gitu! Payahnye nak dapat Girl.

I nanti? Entah.. Boy boleh.. Girl pun boleh.. Tak kisah sangat.. Janji anak selamat dan sihat...

Haihhh.. Sekarang dah tak sabar nak balik raya kat Felda Neram Satu dah! Nak jumpa gegirl!!! Tapi kalau my SIL balik umah mak dia pun I tak susah. Boleh jumpa jugak. Kan En. Hubby dan SIL sekampung.... Lol~









Nota kaki:
Lupa someting,
HAPPY BIRTHDAY to Al Muhafiz yang ke-9 tahun.. Lupa nak wish sebab lagi excited dengan kehadiran Gegirl. Gegirl dan Abang Apiz lahir tarikh sama! Jimat duit papa nanti yer. Beli kek share 2 orang. Haha

1 comment:

nuranne said...

Salam kenal sis :) Selamat hari raya :)