Saturday, October 06, 2012

First Time #1

Lokasi: Laman Seri, Shah Alam
Masa: 7.00 petang lebih lebih
Tarikh: 4 Oktober 2012
Mangsa: BLL8737 dan WSM4411


MELANGGAR KERETA ORANG!



Walaupun kita sentiasa berhati hati, andai hari malang itu datang, kita tak mampu melawan takdir.

Mungkin di pihak orang yang terkena akan rasa tidak berpuas hati. Marah. Dan pelbagai perasaan lagi. Sebelum ni, I pun pernah berada di posisi mangsa. Tapi takdelah melenting mengamuk, mengetuk pintu suruh keluar dan ajak bergaduh. Waktu tu, Lagilah, I memang melihat dari awal orang tu masuk kereta, reverse dan kedegangg! Kemek sudah BKP 8737 pada 2 panel dekat pintu.

Sebagai seorang Islam dan berpelajaran (I taknak tunjuk baik ke alim pun), cuma kita memang ada pelbagai sikap. Jika sabar, berhemah dan sedar siapa kita, mungkin kita akan control setiap perbuatan tak kira di mana kita berada dan apa situasi yang berlaku.

Bukan menunjukkan kita lemah pun kalau kita tak melenting mangamuk. Tapi ada kekuatan lain jika kita tidak bersikap seperti itu.. Orang yang melihat pun akan kagum dengan sikap itu.

Back to apa yang berlaku. Apabila seorang perempuan datang dan mengamuk, mengetuk pintu ajak keluar bergaduh selepas I melanggar keretanya dengan tak sengaja, I tak keluar dengan sikap yang sama. Walaupun I pun boleh bersikap seperti itu jugak.

Walaupun sepanjang masa dia mencampakkan api, I tetap ingin membalas dengan air. I, seorang perempuan. Sikap seorang perempuan yang cantik disisi Allah adalah berhemah. Itu yang perlu dikejarkan setiap hambaNya. Bukan sebaliknya.

Dulu, mungkin ya. Ketika baru nak membesar. Cool kalau bersikap begitu.. Cool bila bercakap kasar.. Masih ingin meniru niru orang lain.. Masih mencari identiti.. Kini, harus berubah dan berpendirian.

Walaubagaimanapun, segalanya selesai dengan baik. Segala kos membaiki kereta kakak itu, I bayarkan saja. Admit je kesalahan. Mungkin rezeki tu bukan untuk I gunakan. Mungkin ada kepincangan di mana mana hingga duit berjumlah itu, tidak boleh digunakan untuk diri sendiri.

Takpelah.. Harap kakak tu, dah gembira dengan keretanya yang dah tiada kesan dilanggar, maaf dipinta di atas segalanya.

Shining lagi..


BLL? Nanti lah.. I pergi kedai. Kalau dibiarkan kepada En. Hubby, berkurunlah macam tu. takde effect pada pandangan dia.. Still boleh jalan..

No comments: