Thursday, October 04, 2012

#Mengidam - Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori

Sejak bulan puasa lagi I teringin sangat sangat nak makan 2 benda ni. Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori. Terbayang bayang dekat D'Tandoor. Sedap...

Agak tak senonoh jugak la bila selalu sangat I zikir 2 makanan ni kat depan En. Hubby. Nak buat macam mana. Memang rasa nak makan sangat sangat. Dia pulak sibuk memanjang.. Sibuk dengan bola!

Bola..
Bola.......
Bola..........

Bosan jugak. Tapi apakan daya seorang isteri melainkan menanamkan perasaan suka kepada bola sepak in stead of marahkan dia bermain bola.. Untung macam semalam, cuci mata tengok Fizo Omar lawan bola dengan team En. Hubby..

Dan semalam jugak, dia tapaukan je Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori dari Hassan Bistro. Takdelah best mana. Tapi boleh la untuk buat I kurangkan zikir depan muka En. Hubby I tu.

Jangan risau, hari lain yang malang buat En. Hubby, I tetap akan angkut dia ke D'Tandoor makan Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori tu.

Godek godek gambar, terjumpa la dari album berbuka puasa beberapa tahun lepas. Kecur air liur...












Kata En. Hubby, dulu dia agak kurang peka terhadap permintaan isteri ketika mengandung, selepas kehilangan baru dia realize perkara ini. Kesibukan bekerja dan sikap berdikari seorang isteri membuat dia memandang remeh.. Kini, dia tak ingin mengulangi segalanya. Dan dia akan cuba memenuhi setiap permintaan. Untungnya.... 

Syukur Ya Allah aku dikurniakan suami yang baik seperti dia. I love u En. Wankay.. :-)

No comments: