Saturday, December 29, 2012

Cendol Bakar

Dah lama I bising bising kat En. Hubby dan kengkawan nak makan Cendol Bakar ni.. Bukan susah pun untuk tunaikan.. Tapi En. Hubby je malas nak melayan sangat. Kang makin dilayan makin banyak permintaan mak buyong sorang ni! Kan En. Hubby kan? I tauuu.....

Tadi dah on the way ke Sungai Besar nak ambik Emak dan Ayah, kebetulan masih awal agaknya.. Orang kat kedai Cendol Bakar tak ramai sangat. Geng Motor je. Drive-thru pulak kosong! Ape lagi, paksa la En. Hubby singgah. Saje.. Nak try.. Orang kata sedap sangat. Glemer bebenor...

Sampai di kaunter, blurrr.. Tengok menu...



Tak tau nak beli cendol ape... Alamak!

So, En. Hubby je decide. "Cendol Durian 4!"

Uikss... Banyaknye. Yang nak makan cuma tiga orang je. Dibelinya empat la pulak.. "Apsal beli 4?" Dia jawab, "Kang Najmi nak makan kang..." Yelah.. Najmi tak makan pun benda benda macam ni.. Budak tu tidur pulak tu..

Rupa rupanya, dia punya 2 gelas cendol? Patut laaaaa..... Cakap nak beli untuk anak... Tapi dah tau dah... En. Hubby tu memang suka makan cendol pun.. Lagi bila Cendol Bakar tu cukup manis dan sedap! Memang 2 gelas pun tak cukup...



Ini Cendol Durian dari Cendol bakar... Bagi korang terliur sikit. Rasa durian dia memang mablessss.. Jemput la try kalau dah lalu kat area situ.. Tak rugi tau singgah. Bukan susah pun, drive-thru saje.. Tapi tadi kalau kena beratur panjang, takde maknanya I dapat makan cendol kat situ...





3 comments:

Nurul I. said...

senget ! lokasi katne weh?

Miss Anisah said...

Ala..kt tepi jalan je mek.. Nak bawak sy ke?

Akuro San said...

Pernah dengar org cerita pasal Cendol Bakar nih~ Ingatkan cendol tuh dibakar.. Rupanya, owner kedai tuh, nama dia Bakar~ huhu~

*sajer menyinggah ke sini. mencari semula kawan2 blogging. maklum ler~ akk da lama tinggalkan dunia blog. liat gak rasa nak start balik.. huhu~